ARKIB

KATEGORI

Buletin

Versi klon kantoi kat Kedah, Ford Mustang yang sebenar ada di Sarawak

Berita Tempatan

Views

Kereta mewah jenis Ford Mustang ditemui di premis perniagaan baik pulih kenderaan di Shahab Perdana, Mergong di Alor Setar, rupanya kereta klon yang pemilik sebenarnya berada di Sarawak.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Berita Harian melaporkan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam kenyataan semalam, memaklumkan kereta itu dirampas Bahagian Penguatkuasa JPJ Kedah ketika melakukan rondaan jam 1.30 tengah hari kelmarin.

Berdasarkan laporan polis yang dibuat pemilik berdaftar kenderaan di Miri, Sarawak, penguat kuasa JPJ bersama polis melakukan pemeriksaan di premis berkenaan sebelum menemui kenderaan itu

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat keraguan pada nombor casis dan warna asal kenderaan terbabit. Kenderaan itu disita mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987 dan dibawa ke pejabat JPJ Suka Menanti untuk siasatan lanjut.

JPJ meminta orang ramai yang mahu membuat sebarang aduan berkaitan perkhidmatan agensi itu, menyalurkannya kepada [email protected] atau platform aplikasi e-aduan@JPJ beserta butiran pengadu dan aduan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit JPJ Negeri KEDAH

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply