ARKIB

KATEGORI

Buletin

Foto-foto awal Geely VF12 mula tular di internet – Bakal pesaing Toyota Highlander di China

Berita Global

Views

Beberapa foto pertama SUV terbaharu dari Geely, VF12 telah dimuat naik ke laman sesawang Kementerian Perindustrian dan Perdagangan China beberapa hari lalu. Ia dikatakan bakal berentap dengan Toyota Highlander apabila dilancarkan ke pasaran negara tersebut nanti.

Nama VF12 hanya digunakan buat sementara waktu buat masa ini sebelum nama rasminya diumumkan kelak. Menurut info yang dipaparkan di laman sesawang tersebut, VF12 berukuran 4,835 mm panjang, 1,900 mm lebar dan 1,780 mm tinggi.

JOM BACA >> Iriz dan Persona 2019 : Proton cetuskan ‘perang harga’ dengan Perodua?

Ukuran jarak gandarnya pula 2,815 mm, lebih panjang sedikit berbanding Toyota Highlander (2,790 mm). Khabar angin mengatakan, SUV bersaiz besar ini akan menerima pilihan dua penjana tenaga, enjin 1.5-liter turbo dari Volvo yang menjana 177 kuasa kuda dan enjin 1.8-liter yang boleh menghasilkan 184 kuasa kuda.

Enjin 1.5-liter turbo akan dipadankan dengan transmisi 7-kelajuan DCT, manakala enjin 1.8-liter akan digandingkan bersama transmisi 6-kelajuan automatik (mungkin transmisi yang sama dengan Proton X70). Geely berkata model tersebut akan mula dihantar ke pengedar dalam masa beberapa bulan lagi dan ia akan dilengkapi dengan kamera pandang belakang, lampu hadapan jenis LED matriks dan bumbung suria panorama.

JOM BACA >> Proton Iriz dan Persona 2019 dilancar – Lebih segar dan pintar, harga dari RM36,700

Adakah model ini berpotensi untuk dijadikan salah satu SUV Proton pada masa akan datang? Pada pendapat kami, ia tidak perlu kerana SUV dalam segmen ini angka jualannya tidaklah begitu besar. Reka bentuknya juga agak konvensional dan biasa-biasa sahaja.

Lebih baik Proton hanya tumpukan kepada model SUV dari segmen A, B dan C sahaja buat masa ini bagi menjana keuntungan. Mungkin anda kurang bersetuju dengan pandangan peribadi kami, bagaimana dengan pendapat anda pula?

JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply