ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Proton X70 CKD teruskan ujian jalan raya

Foto Intipan

Views

Kelibat Proton X70 versi CKD telah berjaya dikesan oleh salah seorang pembaca laman web ini di Seksyen 27, Shah Alam petang semalam. Unit ujian tersebut masih ditampal dengan celoreng penyamaran dibeberapa bahagian badan, tetapi jika diteliti sebenarnya tiada apa-apa perubahan yang dibuat padanya.



JOM BACA >> Iriz dan Persona 2019 : Proton cetuskan ‘perang harga’ dengan Perodua?

Tidak pasti apakah tujuan celoreng penyamaran itu dipasang pada unit ujian tersebut. Mungkin ia memberi ‘petunjuk awal’ akan ada sedikit perbezaan antara versi semasa (CBU dari China) dengan versi pemasangan tempatan (CKD) itu nanti.

Ketua pereka bentuk Proton, Azlan Othman juga telah memberi sedikit bayangan yang model X70 versi CKD akan mempunyai sedikit kelainan. Namun beliau enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara tersebut buat masa ini kerana ia merupakan ‘rahsia syarikat’.

JOM BACA >> Proton Iriz dan Persona 2019 dilancar – Lebih segar dan pintar, harga dari RM36,700

Desas-desus mengatakan versi CKD nanti akan mempunyai satu lagi pilihan enjin, 1.5 liter TGDI yang digandingkan dengan transmisi 7-kelajuan Dwi-Klac. Pengeluaran X70 versi CKD bakal bermula pada suku ketiga tahun ini di kilang baharu usaha sama Proton dan Geely di Tanjung Malim.

Kilang itu bakal mengeluarkan model-model generasi baharu Proton pada masa depan dan salah satu model yang akan dihasilkan nanti iaitu sebuah SUV kompak segmen-B, X50 yang dibangunkan dari model Geely Bin Yue.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply