ARKIB

KATEGORI

Buletin

Foto Honda Jazz Type R 2020 bocor?

Berita Global

Views

Sebenarnya kami tidak pasti kesahihan foto yang dikatakan model generasi keempat Honda Jazz versi Type R ini. Foto-foto tersebut mulai tular di beberapa laman permotoran antarabangsa dan ia telah dimuat naik oleh laman sesawang automotif dari Thailand, Headlight Mag.

JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada

Generasi keempat Honda Jazz (2020) kini sedang giat diuji dan kelibatnya unit ujiannya pernah kami kongsikan dalam artikel terdahulu. Menurut info yang tertera pada foto bocor tersebut, Honda Jazz Type R 2020 akan dilengkapi dengan enjin 1.5 liter turbo yang mampu menjana 220 PS dan 250 Nm daya kilas.

Desas-desus dari Jepun mengatakan model Fit/Jazz akan tiba di negara tersebut pada musim luruh tahun ini. Ia dikatakan akan dikuasakan oleh enjin tiga-silinder turbo 1.0-liter yang menjana 125 kuasa kuda. Selain itu penjana kuasa 1.5 liter dengan sistem i-MMD (intelligent Multi-Mode Drive) dengan dua motor hibrid akan turut ditawarkan.

JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada

Dikatakan juga model kompak hatchback ini bakal mendapat penjana tenaga 1.5-liter i-DTEC, kami jangka ia untuk pasaran tertentu seperti di India. Ia bakal diperkenalkan secara rasmi di acara dwi-tahunan Tokyo Motor Show 2019 pada bulan Oktober nanti.

Buat masa ini, masih belum ada kedengaran lagi mengenai perancangan Honda Malaysia untuk membawa Jazz 2020 ke sini. Apa pendapat anda mengenai gaya rekaan Honda Jazz Type R 2020?

JOM BACA >> PANAS : Foto papan pemuka Proton Saga facelift 2019 varian Standard pula tertiris
JOM BACA >> RISIK : Proton X70 versi CKD – Apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Headlight Mag

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply