ARKIB

KATEGORI

Info

Model ikonik Saga terus jadi bualan – Selepas 34 tahun, ia masih menambat hati rakyat Malaysia

Rencana

Views

Selepas 34 tahun, Proton Saga kini sinonim dengan kualiti Malaysia seperti kebijaksanaan, kekuatan dan ketabahan kerana ia juga merupakan sebahagian daripada sejarah negara kita. Ketika Saga yang pertama diperkenalkan pada tahun 1985, model ini menjadi bualan dan secara tiba-tiba menjadikan satu impian untuk memiliki sebuah kereta menjadi kenyataan oleh berjuta rakyat Malaysia.

Sama seperti semua produk hebat yang lain, Proton Saga kekal relevan dan menjadi pilihan selama berdekad dan hari ini, model ini masih menjadi kereta paling popular dalam rangkaian kereta Proton. Pada bulan April tahun ini, lebih 3,000 unit model Saga dijual, buat pertama kali pencapaian cemerlang dicatatkan sejak tempoh jualan tanpa cukai diumumkan pada tahun 2018. Jadi, dari situ kita tahu bahawa ianya model yang popular tetapi apakah faktor yang menjadikan Saga ini begitu diminati oleh pembeli?

Satu langkah yang tepat

Terdapat pelbagai sebab yang menjadikan Saga kekal sebagai salah satu model terlaris dalam barisan kereta Proton. Pertama sekali, Saga adalah sebuah model dengan harga berpatutan serta kos pemilikan yang rendah menjadikannya pilihan utama sebagai kereta pertama pembeli, atau juga sebagai kereta tambahan bagi mereka yang mahukan kenderaan kedua atau ketiga.

Bermula dari harga RM33,591.03, iaitu satu harga belian yang rendah dan ditambah pula kos pemilikan berpatutan, dengan kos servis selama tiga tahun yang dianggarkan hanya berharga RM600 setahun. Di samping itu, Proton juga sering menawarkan rebat dan promosi untuk Saga, meningkatkan lagi pengalaman pemilikan bagi model ini.

JOM BACA >> Gambaran reka bentuk rim 15 inci Proton Saga facelift 2019

Antara kelebihan lain pada Saga ini adalah kos penyelenggaraannya. Model ini dilengkapi dengan enjin 1.3L VVT yang sangat cekap, di mana ianya telah terbukti pada tahun 2018 ketika cabaran ‘1 Tank Adventure’ dianjurkan. Peserta-peserta yang memenangi dalam kategori Saga berjaya memandu kereta mereka dari Johor Bahru ke Pulau Pinang dengan menggunakan hanya satu tangki bahan api, meliputi jarak lebih dari 700km dan mengurus penggunaan bahan api hanya kira-kira 4.5 liter setiap 100km.

Mampu dimiliki dan dipandu, tetapi apakah yang ditawarkan oleh Proton Saga dari segi nilai jualan semula? Ya, seseorang itu tidak sepatutnya menjual sebuah kereta walaupun belum membelinya, tetapi pemilik-pemilik kereta akhirnya tetap akan ‘hilang minat’ pada kereta mereka. Meskipun begitu, bagi pemilik-pemilik Saga, sedan popular Proton ini mempunyai nilainya sendiri kerana permintaan yang tinggi bagi pasaran sekunder.

Kecemerlangan yang dijanji

Untuk memastikan prestasi mantap sesebuah kereta itu selepas anda membelinya, ianya memerlukan sedikit penjagaan rapi. Dan untuk memenuhi keperluan ini, terdapat banyak pusat cawangan servis Proton 3S/4S yang diiktiraf di seluruh negara. Pusat-pusat ini dikendalikan oleh kakitangan yang ramah dan berpengetahuan yang mampu menyediakan perkhidmatan jualan dan selepas jualan mengikut prosedur operasi standard yang telah ditetapkan untuk memastikan para pelanggan mendapat pengalaman pemilikan premium.

JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada

Apa yang lebih penting lagi, Syarikat juga telah meneliti setiap kereta yang dihasilkan agar setiap pemilik Proton mendapat hanya pengalaman yang menyenangkan. Dan kini Proton telah bekerjasama dengan rakan kongsi baharu iaitu Geely, jadi proses-proses pengeluaran kereta juga telah diperbaiki dan dinaiktaraf melalui penggunaan sistem Audit Produk Pelanggan Global atau Global Customer Product Audit (GCPA) oleh Geely.

Dengan sistem GCPA ini, Proton dapat mengenal pasti dan membetulkan sebarang kemungkinan isu berkaitan reka bentuk, kualiti alat-alat ganti serta aspek-aspek pembuatan yang berkaitan dengan kenderaan sebelum ianya dihantar ke bilik pameran. Di mana Geely juga turut melaksanakan GCPA sebagai sebahagian daripada proses pembuatannya, Proton mempunyai sasaran untuk mempertingkatkan kualiti produknya.

Sebuah kereta untuk semalam, hari ini dan selamanya

Sebagaimana Proton yang kini bergerak ke arah masa hadapan yang cerah bersama Geely, pembaharuan terhadap model-model semasa giat dilakukan. Proton X70 telah terbukti menjadi kejayaan besar bagi Syarikat manakala pembaharuan yang dilakukan pada Proton Persona dan Iriz 2019 turut telah mencatatkan kejayaan jualan yang baharu. Tidak salah sekiranya Proton Saga turut dilakukan pembaharuan padanya. Model itu akan kekal sebagai model yang penting dari rangkaian Proton dan sebuah kereta yang akan terus membanggakan rakyat Malaysia di jalan raya.

JOM BACA >> PANAS : Foto papan pemuka Proton Saga facelift 2019 varian Standard pula tertiris
JOM BACA >> RISIK : Proton X70 versi CKD – Apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply