ARKIB

KATEGORI

Tular

Founder Misi berjaya kumpul RM142,634 bantu keluarga ‘rider’ dirempuh Nissan X-Trail

Tular

Views

Kutipan derma berjumlah RM142,634 berjaya dikumpul oleh Founder Misi bagi membantu keluarga dua mangsa yang terlibat dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Meru-Jalan Haji Sirat, kelmarin.

Menurut KOSMO! ONLINE, sumbangan yang dibuka bermula pukul 9.30 malam semalam hingga pukul 9 malam tadi, ternyata berjaya meraih perhatian warga Malaysia yang prihatin.

Menurut hantaran tersebut, pihaknya akan melawat keluarga kedua-dua mangsa itu esok, untuk menyampaikan sumbangan terkumpul.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Salah seorang mangsa sedang kritikal dan memerlukan kos rawatan tinggi. Moga kutipan sumbangan sehingga jam 12 malam esok (malam kelmarin) cukup untuk meringankan beban kedua-dua pihak mangsa.

“Saya akan melawat keluarga mangsa esok untuk sampaikan sumbangan dan uruskan pemindahan wang kepada isteri mangsa. Terima kasih semua saya yakin sifat kemanusiaan tidak pernah hilang daripada jati diri kita,” katanya.

Sebelum itu, pemilik akaun Facebook berkenaan turut meminta bantuan orang ramai bagi mengenalpasti keluarga mangsa-mangsa terlibat bagi memudahkan urusan penyerahan sumbangan.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang penghantar barang maut selepas motosikal ditunggang dilanggar sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dalam kemalangan yang tular di persimpangan lampu isyarat Jalan Meru-Jalan Haji Sirat, Klang.

Kejadian kira-kira pukul 2 petang melibatkan lima kenderaan itu turut mengakibatkan seorang penunggang motosikal lain cedera parah.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, ketika kejadian kedua-dua lelaki berusia 34 dan 29 tahun itu sedang berhenti menunggu lampu isyarat.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply