ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volvo bakal melancarkan kereta paling selamat di jalan raya, EX90 pada 9 November

Berita Global

Views

Melalui LiDAR yang dikuasakan oleh pengkomputeran teras dan perisian, Volvo Cars kini menyaksikan penurunan dalam kemalangan teruk sehingga 20 peratus.

Menerusi kajian, pembelajaran dan pembangunan, Volvo akan sentiasa menambah baik sistem pencegahan kemalangan dalam kereta keluaran mereka. Hasilnya adalah antara sistem paling canggih dan berkesan setakat ini.

Volvo EX90, yang akan diperkenal pada 9 November nanti dilengkapi dengan salah sebuah set penderia tercanggih di pasaran. Set unik Volvo ini terdiri daripada lapan kamera, lima radar, 16 penderia ultrasonik dan sebuah penderia LiDAR yang terkini.

LiDAR yang merupakan singkatan untuk Light Detection and Ranging (pengesanan cahaya dan jarak), adalah kaedah pengesanan jarak jauh yang menggunakan cahaya dalam bentuk laser denyut. Ia dapat mengukur jarak dengan ketepatan dan ketelitian yang tinggi.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Perbezaan yang dibawa oleh LiDAR dalam aspek keselamatan dalam dunia sebenar adalah luar biasa. Penyelidikan terbaharu Volvo menunjukkan bahawa penambahan LiDAR ke sesebuah kereta mampu mengurangkan kemalangan sehingga 20 peratus, dan mencegah kemalangan secara keseluruhan dapat dipertingkatkan sehingga 9 peratus.

Terbina dalam garis bumbung EX90 dan akan menjadi piawaian di masa hadapan, teknologi LiDAR ini dapat mengesan pejalan kaki daripada jarak sehingga 250 meter. Ini turut merangkumi objek sekecil dan segelap sebuah tayar di atas jalan raya yang berwarna hitam dari jarak 120 meter.

Ini akan berlaku walaupun ketika memandu dengan kelajuan lebuh raya. Dan disebabkan ia tidak bergantung kepada cahaya seperti kamera, ia menjaga anda di siang hari dan malam hari.

Dengan menggabungkan penderia-penderia canggih, perisian yang telah bangunkan bersama kuasa pengkomputeran teras kereta tersebut, Volvo dapat memperkenalkan pelbagai ciri-ciri keselamatan yang akan bekerjasama untuk pemanduan yang lebih terjamin.

Ini adalah dengan hasrat untuk mencipta sebuah kereta yang mampu mengawasi lebih banyak potensi bahaya daripada yang sebelumnya – malah dari luar dan di dalam.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Kereta ini tidak hanya akan membantu pemandunya, ia juga memahami bila ia diperlukan, serta cara terbaik untuk memberikan bantuan tersebut.

Menurut ketua Safe Vehicle Automation di Volvo Cars, Joachim de Verdier, pihaknya percaya bahawa EX90 akan menjadi kereta Volvo yang paling selamat di jalan raya.

Apabila kesemua sistem keselamatan, penderia, perisian, dan kuasa pengkomputeran berkerjasama, ia akan mencipta sebuah perisai keselamatan di sekeliling anda, bahkan anda tidak akan sedar pun akan kehadirannya sehinggalah ia diperlukan.

Pemahaman kereta Volvo mengenai persekitaran luaran telah digabungkan dengan kebolehan untuk memahami soal tumpuan pemandu dengan lebih mendalam. Ia merupakan elemen yang penting bagi teknologi pemanduan kendiri Volvo yang akan datang.

Sebaik sahaja pengesahan keselamatan tersedia dan segala kelulusan yang diperlukan telah diperoleh, teknologi Pemanduan Kendiri (Autonomi) ini akan diperkenalkan dalam model EX90.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply