ARKIB

KATEGORI

Buletin

Rider GrabFoob maut dirempuh Nissan X-Trail dalam nahas babit lima kenderaan

Berita Tempatan

Views

Seorang penghantar makanan maut, manakala seorang penunggang motosikal cedera parah dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Persimpangan Lampu Isyarat, Jalan Meru/Jalan Haji Sirat, di Klang, petang tadi.

Menurut Berita Harian, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao, berkata polis menerima laporan kemalangan membabitkan dua kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Nissan X-Trail, sebuah Proton Wira dan dua buah motosikal kira-kira jam 2.30 petang.

Siasatan mendapati, persimpangan berkenaan mempunyai empat lorong di mana dua lorong jalan terus dan dua lorong untuk membelok ke kanan.

Siasatan awal mendapati kejadian kira-kira jam 2 petang itu berlaku di dua lorong kanan untuk membelok ke Jalan Haji Sirat.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Sebuah kenderaan jenis Nissan X-Trail yang memandu di lorong kiri hendak membelok ke kanan, tiba-tiba kenderaan jenis sama di lorong kanan hendak jalan terus dan berlaku perlanggaran.

Kedua-dua kenderaan itu terbabas di mana Nissan X-Trail yang berada di lorong kanan melanggar sebuah motosikal yang berada di arah bertentangan.

Manakala Nissan X-Trail yang berada di lorong kiri melanggar sebuah motosikal GrabFood dan kereta Proton Wira yang juga berada di arah bertentangan.

Akibat pelanggaran itu katanya, penunggang motosikal GrabFood iaitu seorang lelaki tempatan berumur 34 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Penunggang motosikal, seorang lelaki tempatan berumur 29 tahun mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk rawatan lanjut.

Mayat penghantar makanan juga dibawa ke HTAR bagi tujuan bedah siasat setelah keputusan saringan COVID-19 diperolehi.

Beliau berkata, kedua-dua pemandu Nissan X-Trail yang berumur 20 tahun dan 24 tahun ditahan untuk siasatan lanjut. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Tambah beliau, orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Fadli Ismail di talian 017-2141318.

Kata beliau lagi, orang awam dinasihatkan sentiasa mengamalkan pemanduan berhemah, sentiasa peka dengan keadaan jalan ketika memandu dan mematuhi peraturan jalan raya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply