Tular sebuah video di media sosial mengenai seorang penunggang motosikal luar negara ‘menghentam’ pihak bertanggungjawab yang gagal membaik pulih jalan berlubang di negara ini.
Sinar Harian melaporkan, video berdurasi 49 saat itu dikongsi pemilik akaun Twitter @EppyFizul pada Isnin yang memetik perkongsian @landobrotherhood dari aplikasi TikTok.
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
“Macam tu je pihak yang bertanggungjawab kena ‘taruk’ dengan rider luar negara pasal tak reti jaga jalan raya di Malaysia,” ciapnya hingga menarik perhatian warganet.
Menerusi video berkenaan, seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi bersama rakannya dipercayai melalui sebuah lebuh raya di Peru dan mendakwa jalan raya di negara itu dalam keadaan baik.
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
“Kami menunggang motosikal bersama penunggang dari Ireland, Amerika, Ecuador dan Venezuela dan mereka ingin tahu apa yang berlaku.
“Kami melalui jalan yang begitu baik di Peru dan membuatkan ramai tertanya-tanya bagaimana Peru, sebuah negara yang miskin, mampu mempunyai jalan yang baik (sedangkan) tidak ramai orang datang ke sini.
“(Manakala) Pihak berkuasa Malaysia tidak boleh menjaga rakyat sendiri dengan membaiki jalan berlubang. Ini perkara serius, baiki lubang (jalan raya), selamatkan rakyat anda,” kata penunggang luar negara itu.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!t
KOMEN TERKINI