ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Intai-intai papan pemuka Toyota Hyryder (D22)@Maruti YFG, bakal SUV Perodua 2023

Foto Intip

Views

Ketika ini model kembar kepada SUV, Toyota Hyryder (namakod D22), iaitu Maruti YFG sedang ‘rancak’ diuji di India. Model yang digembar-gemburkan bakal menjadi model SUV terbaharu Perodua (2023) itu dijangka dilancarkan pada 1 Julai 2022.

Pesaing kepada Hyundai Creta dan KIA Seltos dipasaran India itu dibangunkan dari pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA).

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Ia dibangunkan khusus untuk ‘pasaran baharu’ dan akan dijana oleh enjin Dual VVT-i 1.5L yang mampu menjana 106 PS dengan 137 Nm daya kilas. Enjin ini disambungkan pula kepada transmisi D-CVT.

Setelah beberapa siri intipan, foto intip terbaharu dari portal Gaadiwale berjaya ‘mengintai’ ruang dalamannya. Meskipun masih sarat dengan pelitup penyamaran, ada beberapa benda dapat dilihat pada papan pemuka unit ujian tersebut.

SUV kompak ini seperti dijangka akan menerima rekaan papan pemuka serba baharu, dengan paparan skrin unit infohibur bersaiz besar di tengahnya. Ia menggunakan sistem SmartPlay Pro Plus yang turut digunakan pada model baharu Baleno.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Selain itu, kelihatan juga stereng pelbagai-fungsi, dengan butang kawalan bersepadu untuk mengawal audio dan sistem kawalan jelajah, paparan dongak (HUD) dan kamera parkir 360-darjah.

Tempat duduk hadapan jenis berongga dijangka ditawarkan, serta butang hidup/henti enjin warna biru yang memberi petanda ia mungkin dijana dengan trenkuasa hibrid.

Selain, enjin petrol aspirasi alami dan trenkuasa hibrid, ia mungkin ditawarkan dengan pilihan enjin turbo. Menurut Gaadiwale, dikatakan model Maruti YFG dibangunkan pelantar Global-C Suzuki dan bukannya DNGA.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Gaadiwale

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!t

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply