Pada tanggal 30 Mei lalu, rakan strategik Proton, Geely telah melancarkan model sedan Emgrand generasi keempat (namakod SS11) di China. Model yang berkongsi pelantar BMA dengan SUV, Bin Yue (X50) dari segi dimensi adalah berukuran 4,638 mm panjang, 1,820 mm lebar, 1,460 mm tinggi dan 2,650 mm jarak antara gandar.
Oleh itu, dari segi segmen ia berada di antara segmen B dan C. Namun dari spesifikasi ia lebih cenderung kepada segmen B+. Ia dikuasakan oleh enjin petrol aspirasi normal JLC-4G15B 1.5 liter empat-silinder petrol yang mampu menjana 114 kuasa kuda dengan 147 Nm daya kilas.
JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!
Enjin ini disambungkan pula kepada transmisi CVT menerusi pacuan roda hadapan. Dikhabarkan model sedan ini mampu mencecah kelajuan tertinggi 170 km/j. Dari segi reka bentuk, ia lebih konvensional dan mirip model sedan andalan Geely Preface (Xing Rui), namun dalam skala lebih kecil.
Dalam artikel terdahulu, ejen perisik kami Mat Bond berkata, ada ura-ura mengatakan Proton bakal membangunkan sebuah sedan baharu dengan namakod SS11 yang dijangka tiba pada tahun 2023. Adakah SS11 yang dimaksudkan itu model sedan terbaharu ini?
JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?
Menurut Mat Bond lagi, model sedan itu mungkin akan menjadi pengganti kepada model Prevé kerana pada tahun depan, Proton bakal melancarkan sebuah SUV tujuh-tempat duduk yang berasaskan model Geely Hao Yue (VX11) / Okavango.
Sebelum itu, kita tatap dulu karya manipulasi digital dari mahaguru Theophilus Chin yang sudi untuk menghasilkan gambaran awal model sedan SS11 yang menggunakan nama S50. Untuk pengetahuna anda, nama Proton S50 kerana nama tersebut telah pun didaftarkan di portal rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
Nantikan info terkini mengenai Geely SS11 (Proton S50) dari semasa ke semasa!
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Theophilus Chin
Foto kredit Terranismo
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k
KOMEN TERKINI