ARKIB

KATEGORI

Buletin

Gara-gara ubah suai ekzos, empat motosikal kena sita

Berita Tempatan

Views

Empat pemilik motosikal ‘berputih mata’ setelah kenderaan mereka disita dalam Operasi Cegah Kemalangan Jalan Raya Dan Pencegahan Jenayah di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), di Ampang Jaya, awal pagi tadi.

Tindakan itu diambil selepas pemilik motosikal melakukan ubah suai dengan menukar ekzos bising dan menggunakan aksesori menyalahi undang-undang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Ampang Jaya menjalankan operasi itu bermula 12 tengah malam hingga 2 pagi.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Katanya, operasi itu bertujuan bagi mengesan kesalahan lalu lintas yang menyumbang kepada peningkatan kadar kemalangan jalan raya. Selain itu, operasi ini juga sebagai langkah pencegahan daripada berlakunya aktiviti jenayah.

Hasil operasi ini, empat empat buah motosikal ditahan kerana melakukan pengubahsuaian pada struktur asal kenderaan.

Jelasnya, penunggang turut ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya untuk tindakan selanjutnya.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Kes disiasat mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 6(4) akta yang sama.

Dalam operasi sama, sebanyak 109 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen memandu yang sah, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, ubah suai struktur kenderaan, kesalahan nombor pendaftaran dan juga kesalahan-kesalahan lain.

Beliau turut menasihati semua pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal supaya tidak melakukan sebarang pengubahsuaian pada mana-mana struktur asal kenderaan yang boleh menjadi punca kepada berlakunya kemalangan. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply