ARKIB

KATEGORI

Buletin

Insurans ‘Rahmah’ Allianz Malaysia tawar perlindungan untuk motosikal dan kemalangan diri

Berita Tempatan

Views

Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia), dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, mengumumkan dua produk yang dinaik taraf di bawah Pakej “Inisiatif Rahmah”, iaitu:

  • PerlindunganKu Allianz4All – Perlindungan Kemalangan Diri
  • Allianz MotorcyclePlus – Perlindungan Motosikal

Allianz Malaysia adalah antara penyedia insurans pertama yang melancarkan produk inisiatif Insurans Rahmah oleh Kerajaan Malaysia yang bertujuan untuk menyediakan pelan insurans mampu milik bagi rakyat Malaysia.

PerlindunganKu Allianz4All yang dipertingkatkan menerusi inisiatif ini merupakan pelan insurans kemalangan diri mampu milik dengan perlindungan masing-masing sebanyak RM30,000 dan RM50,000 bagi Pelan 1 dan Pelan 2.

Pelan ini juga membuat pembayaran RM50 atau RM100 sehari, sehingga 30 hari, sekiranya pemegang polisi dimasukkan ke Hospital Kerajaan akibat sakit atau kemalangan, bergantung kepada pelan yang dipilih.

Selaras dengan inisiatif “Rahmah”, dua manfaat baharu telah ditambah iaitu pembayaran balik perbelanjaan perubatan di Hospital Kerajaan bagi mereka yang mengalami kemalangan atau penyakit di fasiliti masing-masing sehingga RM500 dan RM750 bagi Pelan 1 dan 2.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Terdapat juga bayaran sekaligus sebanyak RM500 dan RM750 untuk Pelan 1 dan 2 sekiranya berlaku pemindahan banjir.

Manfaat baharu ditambah tanpa kos tambahan, dengan premium bagi Pelan 1 dan Pelan 2 masih kekal pada RM53.00 dan RM79.50 setahun (termasuk Cukai Perkhidmatan) Allianz4All adalah produk baharu Allianz Malaysia yang berstruktur pada Nilai-nilai Sejagat dan selaras dengan Prinsip Kewangan Islam.

Peratusan premium diterima ke dalam Dana Peruntukan Tuntutan (CAF) dan lebihan dana akan disumbangkan kepada kategori amal yang terpilih.

Baru-baru ini, Allianz Malaysia mengagihkan lebihan CAF buat kali pertama kepada tujuh pertubuhan kebajikan antaranya Buku Jalanan Chow Kit, Persatuan Pendidikan Anak Cahaya, Selangor dan MERCY Malaysia.

Sebanyak RM65,534.51 telah disalurkan kepada sektor pendidikan, aktiviti yang melibatkan Orang Kurang Upaya (OKU) dan bantuan-bantuan lain.

Produk kedua di bawah Pakej Inisiatif Insurans Rahmah ialah Allianz Motorcycle Plus. Produk ini menyediakan perlindungan untuk motosikal dengan kapasiti 250cc dan ke bawah, dalam menangani peratusan besar pengguna jalan raya

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Semua pemegang polisi Allianz Motorcycle Plus layak menerima faedah tambahan termasuk perlindungan kemalangan jalan raya sebanyak RM10,000 bagi penunggang dan pembonceng apabila kematian atau hilang upaya kekal, serta perlindungan Pendapatan Hospital sebanyak RM100 sehari sehingga 60 hari.

Selaras dengan inisiatif Insurans Rahmah, Allianz Malaysia juga menawarkan bayaran sekaligus untuk Bantuan Banjir sebanyak RM1,000 tanpa kos tambahan di samping faedah sedia ada untuk pemegang polisi Allianz Motorcycle Plus.

Di samping itu, pemegang polisi Allianz Motorcycle Plus Comprehensive berhak mendapat perlindungan lanjut termasuk perlindungan penuh untuk bencana khas (banjir, taufan, tanah runtuh dan lain-lain) dan bantuan tepi jalan sehingga 50km bagi setiap jarak perjalanan pergi dan balik.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia, Sean Wang, pihaknya berharap dapat membangunkan lebih banyak produk dan pakej yang memenuhi keperluan semua segmen masyarakat, terutamanya golongan rentan dan keperluan segera mereka.

Selain itu, pelanggan yang membeli Allianz Motorcycle Plus dan PerlindunganKu Allianz4All sebelum 15 Ogos 2023 secara automatik akan menerima dua jemputan eksklusif untuk konsert solo pertama Faizal Tahir yang berlangsung pada 2 September ini di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply