ARKIB

KATEGORI

Buletin

Geely Auto dan LG Chem tubuhkan syarikat usaha sama untuk hasilkan bateri di China

Berita Global

Views

Anak syarikat Geely Automobile Holdings, Shanghai Maple Guorun telah mengumumkan satu perkongsian usaha sama baharu dengan salah satu firma pengeluar bateri kenderaan elektrik terkemuka di dunia, LG Chem dari Korea Selatan. Di bawah perjanjian ini, Shanghai Maple Guorun dan LG Chem akan menubuhkan satu syarikat usaha sama dengan struktur pegangan 50:50 yang membolehkan mereka mengeluarkan serta memasarkan bateri kenderaan tenaga baharu.

Jumlah modal berdaftar dalam usaha sama baru ini akan mencapai 188 juta USD (kira-kira 207 bilion Won Korea) dengan perkongsian modal sama rata antara kedua-dua pihak. Pada November 2015, Geely Auto merupakan jenama automotif dunia yang pertama memberi komitmen mereka kepada barisan produk yang dijana oleh elektrik.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Exora Running Change (RC)?

Di bawah Inisiatif Biru Geely, Geely Auto mensasarkan 90 peratus jualan datang kenderaan elektrik – teramsuklah hibrid ringan (mild hybrid), plug-in hybrid dan kenderaan elektrik sepenuhnya bermula dari tahun 2020. Usaha sama dengan LG Chem akan membantu Geely untuk merealisasikan inisatif tersebut dengan yang bakal digunakan untuk model masa hadapan bagi memenuhi permintaan pengguna di China yang mahukan kenderaan tenaga baharu.

Presiden Zhejiang Geely Holding Group, CEO dan Presiden Kumpulan Automobil Geely, En. An Conghui berkata Geely Auto telah mencipta rangkaian rantaian bekalan yang kukuh untuk pengeluaran dan pembangunan kenderaan tenaga baharu. Dengan termetrainya perjanjian dengan LG Chem ini, ia bakal mengukuhkan kedudukan mereka sebagai peneraju dalam kenderaan tenaga baharu, dengan sasaran untuk menghasilkan lebih nilai dan pengalaman pemilikan lebih baik untuk pengguna.

JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?

Presiden LG Chem Energy Solution, Kim Jong-Hyun berkata usaha sama dengan Geely Auto bakal menyumbang kepada pembangunan industri kenderaan elektrik di China secara keseluruhannya. Pasaran kenderaan tenaga baharu di China kini mencecah 1.25 juta unit pada 2018, hampir 62 peratus jumlah jualan kenderaan elektrik di seluruh dunia.

Ia bakal meningkat pada tahun berikutnya dan pada bulan Mei 2019 sahaja,  Geely Auto telah menjual lebih dari 10,115 unit kenderaan elektrik, meningkat 25 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Dalam lima bulan pertama tahun 2019, Geely Auto telah menjual 41,615 unit kenderaan yang dijana dengan elektrik.

Geely telah melancarkan jenama Geometry pada bulan April 2019 yang merupakan jenama elektrik sepenuhnya dari Geely Auto dan model pertamanya Geometry A telah mencatatkan jualan yang kukuh. Dalam tempoh dua tahun, Geely Auto merancang untuk melancarkan lebih daripada 30 model kenderaan yang dijana dengan elektrik termasuklah hibrid dan kenderaan elektrik sepenuhnya. Butiran lanjut mengenai usaha sama ini akan diumumkan kelak.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Pasang dan uji cermin gelap 0 peratus VLT, gelap dah macam panggung wayang!
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan
JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply