Ini merupakan foto intipan terbaharu yang kami terima, mungkin yang paling jelas setakat ini. Kelibat unit ujian Proton Saga facelift 2019 yang masih sarat dengan celoreng penyamaran telah dikesan sedang mengisi minyak di stesen Petronas. Foto-foto ini telah dimuat naik oleh Oh Kim yang merupakan salah seorang ahli Group Facebook Proton Saga VVT Community (Malaysia).
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Exora Running Change (RC)?
Kali ini kita dapat melihat dengan lebih jelas perubahan yang telah dibuat pada model tersebut, terutama sekali pada bahagian jeriji serta bampar depan dan juga belakang. Walaupun masih sarat dengan celoreng penyamaran, kelihatan dengan jelas unsur Infinite Weave pada bahagian jeriji dengan rekaan berlapis, namun bentuk lampunya tidak berubah.
Di bahagian belakang, kelihatan unit spoiler baharu yang agak tebal dan ini mungkin memberi visual boot belakang yang lebih rata, tidak londeh seperti model semasa. Bampar belakang juga nampak lebih kemas dan kami jangka ia akan mempunyai jalur krom melintang di bahagian bawah, sama seperti model Persona 2019.
JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?
Besar kemungkinan unit ujian ini sedang menguji transmisi automatik baharu dari Hyundai PowerTech. Agak malang kerana foto bahagian dalaman tidak berjaya dirakam, dan hingga kini kita tidak dapat melihat apakah perubahan yang telah dibuat.
Desas-desus semakin kuat mengatakan model tersebut akan diperkenalkan pada bulan Julai nanti. Pada masa ini, unit untuk bilik pameran telah mula dipasang di Shah Alam. Untuk mengetahui apa yang berubaha pada model Saga facelift 2019, anda boleh ketik pautan ini!
JOM BACA >> MESTI TONTON : Pasang dan uji cermin gelap 0 peratus VLT, gelap dah macam panggung wayang!
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan
JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI