ARKIB

KATEGORI

Buletin

Geely Boyue Cool Friends Edition diperkenalkan, bakal jadi Proton X70 ‘Edisi Sahabat’ ke?

Berita Global

Views

Semalam Geely telah memperkenalkan versi baharu bagi model SUV kompak Boyue Cool yang dikenali sebagai ‘Friends Edition‘ yang dijual pada harga 99,800 yuan (RM64,894).

Pada masa ini, ada enam versi Boyue Cool yang dijual di pasaran termasuklah Friends Edition. Dari segi dimensi, Boyue Cool Friends Edition berukuran 4,510 mm panjang, 1,865 mm lebar dan 1,650 mm tinggi, manakala jarak antara gandar rodanya pula 2,701 mm.

Ia menampilkan susun atur tempat duduk 2+3, yang sama seperti model semasa. Kapasiti muatannya pula adalah 571 liter.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Reka bentuk luarannya juga masih serupa, dengan bahasa rekaan  “Vision Starburst” dan ia dilengkapi dengan rim aloi berukuran 18-inci. Susun atur ruang kabin juga kekal dengan kokpit berbentuk-T dengan kemasan hitam.

Versi ini dilengkapi dengan panel instrumen 10.25-inci LCD, skrin kawalan menegak bersaiz 13.2-inci beresolusi 1440 x 1920 di tengah dan stereng empat jejari yang rata di bahagian bawah.

Boyue Cool Friends Edition masih menggunakan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 8155 terbina dalam dan sistem operasi Geely Galaxy OS Air yang menyokong fungsi seperti navigasi GPS, kemaskini OTA dan pengecaman suara.

JOM BACA >> Proton daftar lima kategori tanda dagang nama X80, versi kembar SUV coupe Geely Xingyue/Tugella (FY11) atau Xingyue L/Monjaro (KX11) ke?

Yang berbeza cumalah ketiadaan beberapa fungsi seperti butang mula dan henti enjin, beg udara sisi hadapan, penyandar kepala dan perehat tangan di baris kedua tempat duduk, dan bantuan pemanduan termaju yang merangkumi kawalan jelajah adaptif, brek kecemasan automatik, bantuan kesesakan jalan raya dan amaran keluar lorong.

Rangkaian kuasanya juga kekal dengan enjin Jinqing 1.5T turbocas yang menghamburkan output kuasa maksimum 133 kW dan daya kilas puncak 290 Nm. Enjin ini dipadankan dengan transmisi 7-kelajuan DCT.

Daya pecutan dari 0 ke 100 km/j mengambil masa 7.9 saat, manakala penggunaan bahan api komprehensifnya adalah 6.44L/100km (kitaran WLTC).

Adakah Proton bakal menjadikan model ini sebagai generasi kedua X70 versi  ‘Edisi Sahabat‘ pada masa depan? Sama-sama kita nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply