ARKIB

KATEGORI

Tular

Lori muatan besi tiba-tiba mengundur rempuh Honda City

Tular

Views

Seorang wanita warga emas berdepan detik cemas apabila kereta yang dipandunya dilanggar sebuah lori yang mengundur secara tiba-tiba di stesen minyak di Manjalara di Kuala Lumpur, pada Rabu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, seorang lelaki yang memandu sebuah lori muatan besi telah parkir kenderaan itu di salah satu pam minyak untuk pengisian bahan api.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Pemandu lori berusia 52 tahun itu kemudian turun daripada kenderaan tersebut dan menuju ke kaunter bagi membuat pembayaran.

Dalam masa yang sama, tiba-tiba lori tersebut telah bergerak secara mengundur lalu melanggar sebuah kereta Honda City dipandu wanita berusia 60 tahun yang sedang berhenti di simpang jalan untuk masuk ke jalan utama.

JOM BACA >> Proton daftar lima kategori tanda dagang nama X80, versi kembar SUV coupe Geely Xingyue/Tugella (FY11) atau Xingyue L/Monjaro (KX11) ke?

Sarifudin berkata, kemalangan tersebut tidak mengakibatkan sebarang kecederaan terhadap kedua-dua pemandu kenderaan itu. Kes diklasifikasi di bawah Rule 14(1) LN 165/59 (tidak tarik brek tangan dengan kemas).

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan ataupun maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun HS Lee di talian 03-2071 9999, Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana-mana balai polis berhampiran. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Geng Baling Farm

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply