ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton Pakistan ‘bergolak’, pengedar kelima menarik diri

Berita Global

Views

Proton Pakistan sedang dilanda krisis dan dilihat semakin bergelut kerana beberapa pengedar kereta mereka telah mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan pengeluar kereta itu.

Tahun lalu sahaja ada empat rangkaian pengedar di bandar utama negara tersebut mengumumkan untuk menamatkan kerjasasama mereka dengan syarikat tersebut.

Mereka memberikan alasan yang berbeza, termasuklah ketiadaan maklumat mengenai tarikh penghantaran untuk kenderaan yang ditempah sejak 2020, turun naik harga yang konsisten walaupun penghantaran tertangguh, dan juga pelarasan harga selepas pelanggan membuat pembayaran penuh.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Kini, pengedar kelima, South Motors di Karachi telah mengumumkan bahawa mereka tidak lagi memegang status sebagai pengedar 3S untuk jenama Proton.

Pengedar itu menyatakan, keputusan tersebut diambil setelah mengadakan perbincangan undang-undang yang meluas dan perbincangan umum yang melibatkan semua pihak berkepentingan.

Menerusi satu kenyataan, pihaknya amat kecewa dengan cara pengurusan jenama Proton yang dikendalikan oleh pemasang dan pengedarnya di Pakistan, iaitu Al Haj Automotive Pvt. Limited.

Selain itu, ada sebab-sebab lain seperti kekeliruan komunikasi mengenai penghantaran kenderaan, cek pemulangan bayaran pelanggan yang ditolak berulang kali dan kesan negatif terhadap jenama serta imej peniaga yang berhubung kait dengan amalan perniagaan Al-Haj.

JOM BACA >> Proton daftar lima kategori tanda dagang nama X80, versi kembar SUV coupe Geely Xingyue/Tugella (FY11) atau Xingyue L/Monjaro (KX11) ke?

Pengedar tersebut menjelaskan kepada pelanggan bahawa “semua penghantaran tertunggak dan pembayaran pemulangan adalah tanggungjawab sepenuhnya Al-Haj Automotive.”

Walaubagaimanapun, ia menegaskan komitmennya untuk membantu para pelanggan mendapatkan bayaran pemulangan dari pengeluar kereta itu dengan segera.

Selain itu, pelanggan turut dinasihatkan untuk terus ke ibu pejabat Al-Haj Automotive untuk sebarang pertanyaan berkaitan penghantaran dan pemulangan pembayaran.

Perlu dinyatakan bahawa ketiadaan penghantaran kereta, khususnya Proton X70, telah mengakibatkan pelbagai protes dari pengguna dan tindakan undang-undang terhadap syarikat. – CarBase

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan, kerdit Proton Pakistan

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply