ARKIB

KATEGORI

Buletin

Geely daftar tanda dagang Riddara@Radar Auto di MyIPO

Berita Tempatan

Views

Rakan strategik Proton, Zhejiang Geely Holding Group telah pun mendaftarkan tanda dagang (trademark) nama ‘Riddara’ di portal rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Aspose

Menerusi carian di portal MyIPO, tanda dagang nama Riddara telah pun difailkan sejak 8 Jun 2023, di bawah Kelas 12, yang salah satunya merangkumi kategori ‘kenderaan elektrik‘.

Nama Riddara turut didaftarkan di bawah Kelas 37, yang turut merangkumi kategori ‘pengecasan kenderaan elektrik dan penggantian bateri kenderaan’.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Menurut rakan media di WapCar.my, nama Riddara turut didaftarkan oleh Zhejiang Geely Holding Group di beberapa negara termasuk Malaysia, iaitu pada Mac 2024.

Carian di laman sesawang rasmi Riddara pula hanya menemui kaitan antara Riddara dan juga Radar Auto yang kedua-duanya merupakan entiti yang sama di bawah Kumpulan Geely dengan nama yang sedikit berbeza.

Laman LinkedIn rasmi Geely pula telah menyiarkan beberapa foto trak pikap elektrik Riddara yang merupakan versi pemanduan sebelah kanan (RHD) model Radar RD6.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Radar RD6 dibina berasaskan pelantar elektrik SEA (Sustainable Experience Architecture) Geely dan mampu memecut dari 0 hingga 100 kilometer sejam dalam 7 saat dengan jarak tempuh sehingga 600 kilometer.

RD6 dilengkapi dengan pemacu elektrik 200 kW dan mempunyai keupayaan pengecasan pantas maksimum 120 kW dengan julat 120 km dalam tempoh 15 minit pengecasan.

Ia ditawarkan dengan tiga pilihan julat CLTC, iaitu 350 km+, 550 km+ dan 610 km+. Dari segi dimensi, Radar RD6 berukuran 5,260 mm panjang, 1,900 mm lebar dan 1,830 mm tinggi, manakala jarak antara gandarnya pula berukuran 3,120 mm.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Geely

Radar RD6

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply