ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tesla Malaysia siar video acah ‘ketibaan’ Cybertruck di bumi Malaysia, bakal dilancar waktu terdekat?

Berita Tempatan

Views

Nampaknya Tesla Malaysia tidak menunggu lama untuk membawa masuk trak pikap sulungnya, iaitu Cybertruck ke negara ini.

Akaun Instagram rasmi Tesla Malaysia siang tadi mula menyiarkan video acah ‘ketibaan’ trak pikap berbentuk seakan getah ‘penyendal’ pintu itu yang dibawa menggunakan sebuah pesawat kargo.

Di akhir video berkenaan, kelihatan Cybertruck menyertai dua lagi model Tesla yang telah pun dilancarkan di Malaysia iaitu Model Y dan Model 3. Kapsyen pada hantaran video tersebut hanya tertera, “Stay Tuned“.

Cybertruck dilancarkan secara rasmi di Amerika Syarikat pada Disember 2023, setelah pertama kali dipertontonkan kepada ‘penduduk bumi’ pada November 2019.

Tiga varian ditawarkan di Amerika Syarikat dengan bilangan motor elektrik yang berbeza, iaitu Rear Wheel Drive (RWD) (motor elektrik tunggal), All Wheel Drive (dwimotor elektrik) dan Cyberbeast (tiga motor elektrik).

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Berikut adalah senarai harga Cybertruck mengikut varian:

  • Rear-Wheel Drive – USD60,990 (RM284,756)
  • All-Wheel Drive – USD79,990 (RM373,465)
  • Cyberbeast – USD99,990 (RM466,843)

Untuk varian Rear-Wheel Drive ia tidak didedahkan, namun ia mampu memecut dari 0 hingga 96 km/j dalam 6.5 saat dan mencapai kelajuan maksima 180 km/j. Jarak pandu bagi varian ini adalah sekitar 402 km.

Varian All-Wheel Drive pula mampu menjana 608 PS dan 10,080 Nm. Pecutan 0 hingga 96 km/j mampu dicapai dalam tempoh 4.1 saat. Kelajuan maksimanya adalah sama dengan varian Rear-Wheel Drive. Jarak pandunya sekitar 547 km atau 756 km dengan range extender.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Varian paling ‘power‘, Cyberbeast mampu menghasilkan sehingga 857 PS dan 13,959 Nm. Ia mampu memecut dari 0 hingga 96 km/j dalam masa 2.6 saat, manakala kelajuan tertingginya mencecah 209 km/j. Jarak pandunya adalah 515 km atau 708 km dengan range extender.

Dari segi dimensi, Cybertruck berukuran 5,682 mm panjang, 2,413 mm lebar dan 1,790 mm tinggi , manakala  jarak tapak rodanya 3,810 mm.

Bahagian belakang (bed) pula berukuran 1,829 mm panjang, 1,219 mm lebar dan mempunyai ruang penyimpanan dengan kapasiti 1,897 liter.

Kesemua varian Cybertruck mampu menampung beban sehingga 1,134 kg. Walaubagaimanapun, kapasiti menundanya adalah berbeza. Varian RWD mampu menunda sehingga 3,402 kg, varian AWD dan Cyberbeast pula mempunyai kapasiti tunda sehingga 4,990 kg.

Adakah ‘video acah’ ini memberikan petanda awal yang model trak pikap elektrik ini akan dilancarkan dalam waktu terdekat? Buat masa ini kami belum ada sebarang jawapan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply