ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mitsubishi daftar tanda dagang Destinator di MyIPO, ini nama rasmi XFC Concept ke?

Berita Tempatan

Views

Tanda dagang (trademark) nama Destinator telah pun didaftarkan oleh Mitsubishi Jidosha Kogyo Kabusiki Kaisha yang beralamat di Tokyo, Jepun di portal rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Menerusi carian di portal MyIPO, tanda dagang nama Destinator telah pun didaftarkan pada 7 Julai 2022, di bawah Kelas 12, yang merangkumi kategori ‘automobil dan komponen struktur, tidak termasuk tayar’.

Menurut beberapa portal permotoran di Indonesia, nama Destinator disebut-sebut sebagai nama rasmi kepada versi pengeluaran Mitsubishi XFC Concept yang bakal ‘diluncurkan’ di Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo Indonesia (GIIAS) kali ke-30, pada 10 Ogos nanti.

XFC Concept telah membuat kemunculan sulung global di Vietnam Motor Show 2022, dan SUV serba baharu itu telah pun dikesan menjalani ujian jalanan di Vietnam pada awal Mei lalu.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

SUV segmen-B ini dijangka berentap dengan beberapa model seperti Honda WR-VToyota Yaris CrossNissan Kicks dan Hyundai Creta. Versi konsepnya dilengkapi dengan 4 mod pemanduan, iaitu NormalWetGravel dan Mud.

Menurut kenyataan media, XFC Concept versi pengeluaran telah menjalani ujian dan penalaan berulang dalam persekitaran jalan raya di rantau ASEAN.

Dari segi rangkaian kuasa, ia berkemungkinan besar berkongsi penjana yang sama dengan Xpander, iaitu enjin 1.5L MIVEC dengan pacuan roda hadapan. Enjin tersebut mampu menghasilkan 105 PS dan 141 Nm daya kilas.

Bagi memberikan pengalaman pemanduan yang lebih selesa, buat julung kalinya model SUV kompak ini dilengkapi dengan sistem bunyi serba baharu, “Dynamic Sound Yamaha Premium“.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Ia merupakan hasil kolaborasi antara Mitsubishi Motors bersama pengeluar alat muzik dan perkakasan audio, Yamaha Corporation.

Dengan penalaan khas yang dioptimumkan untuk ciri akustik kabin, sistem bunyi baharu dalam SUV kompak serba baharu itu bakal memberikan pengalaman bunyi yang premium dan mengasyikkan.

Dari segi posisi segmen, XFC Concept versi pengeluaran akan berada di antara ASX dan Eclipse Cross. Di pasaran ASEAN, SUV baharu itu akan melengkapi barisan model sedia ada, di bawah model Xpander dan Xpander Cross.

XFC Concept dibangunkan sendiri oleh Mitsubishi dan ia tidak akan menjadi pengganti kepada ASX, kerana model tersebut telah pun diganti dengan versi ‘rebadged‘ Renault Captur di pasaran Eropah.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Phương Ngọc

Foto acah Mitsubishi XFC

Mitsubishi XFC Concept

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply