ARKIB

KATEGORI

Buletin

Geely Geometry C bakal buat penampilan sulung di Beijing Auto Show 2020

Berita Global

Views

Laman Facebook rasmi CarNewsChina.com baharu sahaja memuat naik satu hantaran ringkas yang memaparkan beberapa foto model hatchback elektrik Geely Geometry C untuk pasaran China. Seperti yang kita sedia maklum, Geometry merupakan jenama kereta elektrik (EV) baharu di bawah naungan Geely.

JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi

Model pertama keluaran jenama ini telah dilancarkan tahun lepas dan dikenali dengan nama Geometry A. Hari ini muncul pula beberapa foto model kedua mereka, Geometry C. Rekaan luaran model ini sememangnya mengujakan dengan gaya hatchback yang sporty. Sekilas pandang ia mirip model crossover Geely Emgrand GS kan?



JOM BACA >> INTIP : Mitsubishi Xpander mulakan ujian pemasangan di Pekan

Dari segi dimensi, Geometry C berukuran 4432mm panjang, 1833mm lebar, 1560mm tinggi dan jarak antara gandarnya pula 2700mm. Ia dijana oleh motor eletrik tunggal yang mampu menghasilkan 200 kuasa kuda, yang memadai buat kereta ini mencecah kelajuan maksima 150 km/j.

Buat masa ini jarak pemanduannya masih belum diumumkan, namun menurut CarNewsChina ia mampu bergerak sekurang-kurangnya sejauh 400 kilometer. Model ini yang menggunakan motor lebih kecil, mampu pergi sejauh 410 atau 500 kilometer mengikut kitaran NEDC, bergantung kepada pek bateri. Geometry C bakal membuat kemunculan sulungnya di Beijing Auto Show 2020 pada bulan April nanti.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Nak bagi alasan lewat datang kerja, kantoi hantar gambar edit tayar pancit kena paku
JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?
JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580
JOM BACA >> Gerombolan Perodua Bezza 2020 (facelift) hanya menanti detik pelancaran!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply