ARKIB

KATEGORI

Info

RISIK : Proton X70 CKD bakal dilancarkan bulan depan? Pecutan lebih pantas dan jimat minyak!

Info

Views

Ini maklumat terbaharu yang kami perolehi dari ejen perisik Mat Bond malam tadi. Menurut Mat Bond, desas-desus semakin kuat mengatakan pelancaran model Proton X70 pemasangan tempatan (CKD) bakal dibuat pada minggu kedua bulan Februari 2020.

Selain itu Mat Bond turut mengesahkan yang model keluaran Tanjung Malim itu nanti hanya akan ditawarkan dengan pilihan enjin 1.8 liter TGDi yang digandingkan bersama transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT). Sebenarnya, mengikut senarai yang kami diperolehi dalam artikel sebelum ini, versi 1.5 liter TGDi (Drive E) memang ada dalam perancangan.

Difahamkan kombinasi enjin 1.8 liter TGDi dengan 7-kelajuan dwi-klac (DCT) itu nanti mampu menghasilkan 300Nm daya kilas (hanya 285Nm pada model CBU), dengan peningkatan 10 peratus dari segi pecutan dan 13 peratus penjimatan bahan bakar.

JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi

Penggunaan transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT) juga adalah lebih efisien kerana ia menggunakan teknologi shift by wire. Ia membantu menghasilkan pecutan lebih pantas, 0-100km/j dalam tempoh 9.5 saat dan penggunaan petrol purata 7.8 liter bagi setiap 100 kilometer. Apa yang menarik, Proton menawarkan waranti selama 5 tahun untuk kotak gear ini tanpa had perbatuan.

Mungkin ia bakal melegakan sedikit kerisauan kepada bakal pemilik kerana kami tahu kos untuk membaiki/mengganti kotak gear jenis ini memerlukan kos yang agak tinggi. X70 CKD juga akan dilengkapi dengan Power Tailgate System untuk varian Executive dan Premium.

Apa yang membezakannya adalah untuk varian Premium ia akan mempunyai ciri sensor kaki, anda cuma julurkan kaki ke bawah sensor dan pintu belakang akan terbuka secara automatik. Selain itu ia juga boleh dibuka dengan menekan butang pada papan pemuka atau pada kunci (secara kawalan jauh).



JOM BACA >> INTIP : Mitsubishi Xpander mulakan ujian pemasangan di Pekan

Satu lagi ciri menarik X70 CKD untuk varian Executive dan Premium adalah Sistem Pengudaraan Tempat Duduk yang memperbaiki peredaran udara antara badan manusia dan permukaan. Sistem ini membantu mengeringkan peluh dan membuatkan pemandu/penumpang lebih selesa.

Dari segi reka bentuk, X70 CKD tidak banyak perubahan, hanya terhad kepada penukaran logo dan juga bentuk tombol gear. Selain itu kemasan fabrik dan warna pada balutan kulit tempat duduk juga akan berbeza. Untuk model X70 CKD, Proton turut menawarkan dua warna luaran baharu, salah satunya adalah Ruby Red.

Kami juga turut difahamkan harga jualan X70 CKD adalah lebih rendah berbanding model CBU, namun buat masa ini masih belum mendapat anggaran harga model tersebut. Apa pun, pesan kami kepada yang menanti kehadiran X70 CKD, anda perlu bersabar sedikit masa lagi untuk menanti detik pelancarannya. Tunggu!

Berikut adalah varian yang bakal ditawarkan pada model Proton X70 CKD:

  • Varian Standard – 1.8 liter TGDi – 2WD
  • Varian Executive – 1.8 liter TGDi – 2WD
  • Varian Premium – 1.8 liter TGDi 2WD (Tiada bumbung suria)
  • Varian Premium X – 1.8 liter TGDi 2WD (Dengan bumbung suria)

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Nak bagi alasan lewat datang kerja, kantoi hantar gambar edit tayar pancit kena paku
JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?
JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580
JOM BACA >> Gerombolan Perodua Bezza 2020 (facelift) hanya menanti detik pelancaran!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply