Tatkala Proton masih lagi menguji bakal model crossover MPV pertamanya iaitu X90 (VX11), kembarnya di China iaitu Geely Hao Yue bakal memasuki fasa facelift tidak lama lagi dan akan dikenali sebagai Hao Yue L.
Beberapa foto Hao Yue L telah dimuatnaik ke laman Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat China dan memaparkan rekaan yang dikemaskini dengan kehadiran jeriji kemasan krom berbilang jejari bersaiz besar dan bampar yang lebih garang.
Rekaan lampu hadapannya juga berubah dan ia kelihatan nipis sedikit berbanding versi sebelumnya. Dari bahagian sisi, ia masih mengekal rekaan yang sama cuma perubahan dibuat pada pelapik pintu dan juga rekaan rim serba baharu dengan kemasan dwitona.
Lampu belakangnya turut mengalami perubahan dengan rekaan yang lebih tebal dan kini disambungkan dengan jejalur lampu LED ditengah-tengah. Kelihatan juga corong ekzos olok-olok dengan kemasan krom pada penjuru kiri dan juga kanan bampar belakang yang turut menampilkan rekaan baharu.
Hao Yue L bukan sekadar mengalami perubahan kosmetik, malah saiznya juga lebih besar berbanding dengan Hao Yue versi biasa. Dari segi dimensi, Hao Yue biasa berukuran 4,835mm panjang, 1,900mm lebar dan 1,780mm tinggi, manakala jarak antara rodanya pula 2,815mm.
Bagi Hao Yue L pula, ia berukuran 4,860mm panjang, 1,910mm lebar dan 1,770mm tinggi, manakala jarak antara rodanya pula jarak roda 2,825mm.
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
Bukan itu sahaja, nadi penggeraknya juga lebih berkuasa dengan penggunaan enjin 2.0 liter turbo yang menjana 215 kuasa kuda. Ia lebih ‘power‘ berbanding enjin 1.8L TGDI pada model semasa yang hanya menghamburkan 181 kuasa kuda.
Berbalik kepada kembarnya versi Malaysia iaitu X90 (VX11), setakat ini kami masih belum menerima sebarang informasi terkini mengenainya dan menurut maklumat dari ejen Mat Bond, ia bakal dilancarkan pada suku kedua (Q2) 2023.
Dalam tahun yang sama juga berkemungkinan Proton melancarkan sebuah model sedan S50 (SS11) juga seawal suku ketiga (Q3), jika tiada sebarang perubahan. Adakah Hao Yue L versi Proton akan tiba ke Malaysia juga nanti?
Sama-sama kita tunggu dan lihat!
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Autohome.com
Foto kredit Theophilus Chin
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
KOMEN TERKINI