Sekali lagi kelibat unit ujian Proton S50 (namakod SS11) berjaya dikesan oleh orang awam, kali ini ia dilihat sedang keluar dari kawasan parkir awam.
Foto tersebut berjaya dikesan oleh salah seorang pengikut laman Facebook rakan sekutu kami, The Ajerul. Jika diteliti pada foto intip tersebut, kelihatan seolah-olah unit ujian berceloreng itu dilengkapi dengan bumbung suria.
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
Buat masa ini, Proton masih dalam fasa awal pengujian S50 (SS11), yang dijangka bakal diperkenalkan seawal suku ketiga (Q3) tahun hadapan, jika tiada sebarang perubahan.
Menurut info dari ejen perisik Mat Bond, mengikut perancangan asal sepatutnya model sedan ini dijadualkan pada suku kedua (Q2) 2023, selepas Proton memperkenalkan model crossover MPV, S90 (VX11).
Disebabkan isu kekurangan bekalan komponen diperingkat global, robotik dan lain-lain, jadual pengeluaran kedua-dua model tersebut terpaksa ditangguhkan.
Selain itu, Mat Bond berkata, ada desas-desus mengatakan Proton telah mengadakan perbincangan dengan Volvo untuk menjalankan pemasangan kontrak model Volvo XC30 Hybrid di Tanjung Malim.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit The Ajerul
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
KOMEN TERKINI