ARKIB

KATEGORI

Buletin

Konsortium Naza-Berjaya bakal dipilih sebagai pengganti Spanco?

Berita Tempatan

Views

Teka-teki syarikat manakah yang menggantikan Spanco bakal terjawab dan desas-desus mengatakan konsortium Naza-Berjaya dikatakan bakal memperoleh kontrak jangka panjang tersebut yang merangkumi pembekalan, penyelenggaraan dan pengurusan kenderaan rasmi kerajaan dan kenderaan polis.

Dikhabarkan konsortium tersebut telah menerima Surat Hasrat dari Kementerian Kewangan, dengan penganugerahan sebenar dijangka menjelang bulan Jun tahun ini. Kontrak pengurusan flit yang telah dianugerahkan kepada Spanco Sdn Bhd pada 1994, telah pun tamat pada penghujung tahun 2018.

Syarikat tersebut telah diberi dua lanjutan kontrak untuk setiap enam bulan tahun lalu sementara menunggu keputusan penilaian kerajaan. Difahamkan Spanco diberi tempoh lanjutan enam bulan lagi sehingga Jun ini berikutan penangguhan tersebut. Sumber mengatakan, konsortium Naza-Berjaya telah melantik mantan bos KUB Malaysia Bhd, Datuk Abdul Rahim Mohd Zin untuk mengetuai projek itu dan membuat rundingan dengan kerajaan.

Rahim telah meninggalkan KUB pada bulan Disember dan menurut profil terkininya di LinkedIn, beliau telah menyertai Berjaya Group Bhd pada bulan Disember sebagai pengarah eksekutif. Berjaya Group adalah syarikat pegangan persendirian yang dikendalikan oleh Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun.

JOM BACA >> Bayangan awal model Proton X50 – SUV kompak yang paling dinantikan tahun ini!

Pada bulan Ogos, StarBiz melaporkan konsortium Naza-Berjaya antara syarikat yang disebut-sebut untuk dianugerahkan kontrak konsesi pengurusan flit menerusi proses tender yang turut menarik minat tujuh pembida lain termasuk Spanco.

Laporan sebelum ini memetik kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah pada bulan November lalu yang menyebut pemegang konsesi baharu bakal dilantik dengan tawaran harga yang lebih murah.

Ketika ini kerajaan mempunyai kira-kira 12,500 buah kereta, termasuk yang digunakan oleh menteri dan pegawai tinggi awam, serta kenderaan peronda polis. Kenderaan-kenderaan ini, kebanyakannya kereta Proton, semuanya dipajak dari Spanco menerusi susunan kitaran penggantian setiap lima tahun.

Sumber memaklumkan, pemegang konsesi baharu hanya akan mula membekalkan kereta baharu kepada kerajaan bagi menggantikan kenderaan pajakan Spanco setelah tender dimuktamadkan. Di bawah kontrak bersama Spanco, kenderaan rasmi kerajaan akan digantikan setiap lima tahun, bagi menghadkan kos penyelenggaraan kenderaan tersebut.



JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi

Ini bermakna, meskipun selepas pemilik konsesi baharu dilantik, Spanco masih perlu menyelenggara dan menguruskan kereta yang dipajak oleh syarikat tersebut selagi ia masih dalam perkhidmatan. Difahamkan, Spanco telah membekalkan kira-kira 2,000 kereta kepada kerajaan sepanjang 12 bulan yang lalu sebagai pengganti kenderaan yang telah mencapai had maksimum lima tahun.

Ia termasuklah kira-kira 500 unit kenderaan utiliti sukan Proton X70 yang telah diserahkan antara Disember dan Januari tahun ini, yang kini digunakan sebagai kereta rasmi untuk pegawai kerajaan berpangkat JUSA. Spanco adalah sebuah syarikat pengurusan flit bebas yang mempunyai kira-kira 220 orang kakitangan dan dua pusat servis utama di Batu Caves dan Bangi.

Syarikat itu juga mempunyai lebih daripada 200 pusat servis di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak. Sementara itu, konsortium Naza-Berjaya mempunyai 20 jenama kenderaan di bawahnya termasuk KIA, Peugeot dan Mazda.

Ketua pegawai strategi Naza Corp Azrul Reza Aziz memberitahu StarBiz pada Ogos lalu bahawa konsortium Naza-Berjaya mempunyai kelebihan daya saing dari segi keupayaan teknikal, memandangkan konsortium menawarkan penyelesaian akhir-ke-akhir dari pengeluaran, pengedaran dan sokongan selepas jualan kepada pengurusan flit.

Konsortium itu, katanya, mampu melanjutkan kadar sewa kenderaan secara kompetitif dan membantu kerajaan mencapai kecekapan kos melalui penawaran akhir-ke-akhir dan memberi manfaat kepada kerajaan dari segi kos yang lebih rendah dan terkawal.

Sumber : Malaysia Today

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?
JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580
JOM BACA >> Gerombol

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply