ARTIKEL TERKINI

KOMEN TERKINI

ARKIB

KATEGORI

Video

Tags

Berita Automotif

Geely Preface (Xing Rui) dipilih sebagai kenderaan rasmi Sukan Asia Hangzhou 2022

Berita Global

Views

Menjelang Sukan Asia Hangzhou 2022, gergasi automotif dari China, Geely Auto dengan bangganya menjadi salah satu penaja temasya sukan terbesar di rantau Asia itu. Model sedan yang baharu sahaja diperkenalkan di Beijing Auto Show bulan lalu, Geely Preface (Xing Rui) turut dipilih sebagai sebagai kenderaan rasmi.

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers

Model sedan itu dibangunkan dari pelantar Compact Modular Architecture (CMA) yang turut dikongsi bersama beberapa model yang lain di bawah naungan Kumpulan Geely Holding. Selain itu, kumpulan tersebut turut menggunakan kepakaran mereka dalam teknologi dengan menyediakan lebuh raya pintar dari Hangzhou ke Ningbo City yang membolehkan perkhidmatan mobiliti swapandu sepenuhnya menerusi 5G.

JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…

Menurut Timbalan Ketua Setiausaha Jawatankuasa Penganjur Hangzhou 2022, Mao Genhong, Hangzhou 2022 bukan sekadar temasya suka bahkan ia menjadi platform kepada perusahaan untuk memperkenlkan diri mereka.

Ia diharapkan dapat membina model baharu pemasaran sukan dan mencipta situasi menang-menang untuk Hangzhou 2022 dan para penajanya. Antara penaja rasmi lain acara sukan tersebut termasuklah Alibaba, Alipay, China Telecom, China Mobile, ICBC, 361sport dan Zhejiang Loong Airlines.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply