ARKIB

KATEGORI

Buletin

Generasi baharu Daihatsu Ayla buat kemunculan di Indonesia, ‘rupa sebijik’ dengan Perodua Axia (D74A)

Berita Global

Views

Setelah memberi laluan kepada abang-abangnya, hari ini tiba giliran adik bongsu kepada dua lagi kembar, Toyota Agya dan Perodua Axia serba baharu (D74A), iaitu Daihatsu Ayla untuk ‘menunjuk muka’.

Menurut portal otomotif.kompas, generasi baharu Daihatsu Ayla ini merupakan model Low Cost Green Car (LCGC) yang dibangunkan dari pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA).

Ia menampilkan reka bentuk yang lebih bergaya, lebih berprestasi serta dilengkapi ciri keselamatan dan keselesaan yang lebih lengkap.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Sekilas pandang, rupa Ayla baharu ini lebih mirip kepada Axia baharu dengan perbezaan yang sangat minima pada kemasan palang jeriji beberapa bahagian pada bampar hadapan.

Di belakang pula boleh dikatakan kembar tiga ini berkongsi rekaan yang sama, cuma Ayla baharu ada sedikit kelainan dengan penambahan pemantul cahaya pada pintu butnya.

Di ruangan kabin, ia turut berkongsi papan pemuka yang sama, dengan varian tertinggi Ayla baharu akan menerima paparan sesentuh untuk sistem inforia, unit kawalan pendingin hawa digital dan meter jenis analog sahaja.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

PT Astra Daihatsu Motor (ADM) menawarkan dua pilihan enjin untuk Ayla baharu, iaitu enjin 3-silinder 1.2 liter aspirasi alami (NA) WA-VE yang menjana 88 PS dan 112 Nm daya kilas.

Satu lagi pilihan adalah enjin 3-silinder 1.0 liter aspirasi alami (NA) 1KR-VE yang menjana 68 PS dan 91 Nm daya kilas. Kedua-duanya enjin ini digandingkan bersama dengan transmisi D-CVT.

Dari segi keselamatan pula, kelengkapan standard yang ditawarkan pada Ayla baharu ialah dua beg udara, Bantuan Mula Mendaki (HSA) dan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC).

Sama seperti Agya baharu, tiada pengumuman harga dibuat semasa pelancaran hari ini dan harganya dijangka mengalami sedikit kenaikan berbanding dengan model terdahulu.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Kendara Indonesia

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply