ARKIB

KATEGORI

Buletin

Generasi keempat Toyota Harrier tiba di Malaysia – Varian tunggal Luxury Grade, harga RM249,706

Berita Tempatan

Views

UMW Toyota Motor (UMWT) hari ini secara rasminya melancarkan generasi keempat Toyota Harrier serba baharu yang hanya ditawarkan dengan satu pilihan varian sahaja, iaitu Luxury Grade. Harga yang ditawarkan RM249,707 tanpa insurans termasuk rebat cukai jualan sehingga 30 Jun 2021.

Selain itu, Harrier baharu turut ditawarkan dengan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan. Menurut Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K, model ini tampil dengan sisi emosi, elegan dan ekspresif. Model SUV crossover premium ini telah pun dilancarkan di Jepun pada Jun tahun lalu dengan matlamat untuk memberikan definisi baharu bagi premium.

Harrier serba baharu menampilkan konsep ‘Dignified Elegance‘ yang meliputi rekaan luaran, bukan hanya dari sudut gaya, tetapi juga dengan penggunaan material berkualiti tinggi. Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama, berkata satu perkara yang diberi perhatian khusus oleh jurutera Toyota adalah bagi mengurangkan lagi kebisingan, gegaran dan kekerasan (NVH) ke tahap baharu.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Ini termasuk melalui penggunaan tingkap dengan penebat bunyi berkecekapan tinggi, sekali gus menjadikan ruang kabin jauh lebih senyap. SUV crossover premium ini dikuasakan oleh enjin terkini Dynamic Force (M20A-FKS) 2-liter empat-silinder DOHC dengan Dual VVT-i yang dikawal secara elektronik yang merupakan versi paling maju bagi sistem berkenaan yang dibangunkan oleh jurutera Toyota sejak diperkenalkan 30 tahun lalu.

Ia digandingkan pula dengan transmisi Direct Shift Continuously Variable Transmission (CVT) dengan Sequential Shiftmatic dengan tiga pemanduan, ECO, Normal dan Sport. Harrier serba baharu dibangunkan dari pelantar Toyota New Global Architecture (TNGA) GA-K,  dengan struktur badan lebih kukuh dengan titik graviti lebih rendah.

Dari segi dimensi, Harrier serba baru ini mempunyai kelebaran dan jarak antara roda yang masing-masing lebih 20 mm dan 30 mm berbanding model terdahulu, manakala tingginya pula berkurangan sebanyak 30 mm. Model ini didatangkan dengan pakej keselamatan lengkap melalui teknologi Toyota Safety Sense (TSS).

Wajah depannya lebih garang dengan lampu utama Bi-LED baharu yang lebih leper dan tajam bersama lampu siang berbentuk L. Bahagian belakang pula lebih ringkas, dengan lampu jenisLED dan corong ekzos berkembar yang sporty.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Harrier juga dilengkapi dengan bumbung suria kaca elektro-kromatik yang boleh digelapkan melalui sentuhan butang kawalan. Ia juga memperkenalkan cermin pandang belakang paparan digital yang membolehkan penglihatan lebih jelas pada waktu malam serta menghapuskan silau.

Di ruangan kabin, ia dilengkapi tempat duduk balutan kulit sepenuhnya selain kerusi pemandu dengan larasan kuasa 12-arah, tiang stereng yang dinaikkan secara automatik, paparan dongak (HUD), pengecasan nirwayar, sistem pendingin hawa dwi zon automatik dengan teknologi nanoe™X, slot USB depan dan belakang, pintu ruang belakang dengan sensor gerak kaki serta sistem infotainmen dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto dengan skrin sentuh lapan-inci.

Model yang diimport sepenuhnya dari kilang Takaoka Toyota di Jepun ini ditawarkan dalam lima pilihan warna, iaitu Steel Blonde Metallic, Slate Grey Metallic, Precious Black, Dark Blue Metallic dan warna khas White Pearl Crystal Shine.

UMWT turut menawarkan Toyota FlexiPlan, bagi membolehkan para pelanggan menikmati pakej pembiayaan kenderaan dengan penjimatan kadar faedah, eksklusif daripada Toyota Capital Services bagi Harrier dan model-model baharu Toyota yang lain.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply