ARTIKEL TERKINI

KOMEN TERKINI

ARKIB

KATEGORI

Video

Tags

Berita Automotif

Mitsubishi lancar Triton Athlete, ganti Adventure X – Harga RM141, 500

Berita Tempatan

Views

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari ini melancarkan varian baharu trak pikap Triton Athlete menerusi siaran langsung secara maya di laman Facebook rasminya sebentar tadi. Triton Athlete bakal menjadi varian andalan yang menggantikan Adventure X. Harga yang ditawarkan bermula dari RM141,500 termasuk dengan jaminan selama lima tahun atau 200,000 km jarak perbatuan yang mana terdahulu.

Triton Athlete ditawarkan denga tiga pilihan warna iaitu, Sun Flare Orange Pearl, White Diamond dan Jet Black Mica. Dari segi reka bentuk, Triton Athlete tampil lebih garang dan sporty dengan kemas hitam berkilat pada jeriji depan ‘Dynamic Shield’ yang bersambung terus hingga ke bahagian bawah bampar depannya.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Menyerlahkan lagi personalitinya, pelekat dengan grafik ‘Athlete’ turut ditampal pada bahagian sisi badannya, selain kemasan rona hitam pada cermin sisi, pemegang pintu, rim aloi kemasan hitam berkilat bersaiz-18 inci, pembias tingkap jenis aero dan injak sisi.

Di ruang kabin, Triton Athlete dilengkapi stereng dan tombol gear balutan kulit dengan kemasan jahitan benang berwarna jingga dan plat injak LED bercahaya. Selain itu, ia turut didatangkan dengan corong pendingin hawa belakang, pertama dalam kelasnya.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Trak pikap ini dijana oleh enjin 2.4-liter MIVEC turbodiesel yang menghasilkan kuasa maksimum 181 PS dan 430 Nm daya kilas dengan teknologi Pemasaan Injap Bolehubah (Variable Valve Timing). Dari segi aspek keselamatan, ia didatangkan dengan ciri keselamatan standard seperti Mitigasi Pelanggaran Hadapan (FCM), Amaran Titik Buta dengan Bantuan Ubah Haluan (BSW with LCA), Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA), Sistem Mitigasi Silap Pecutan Ultrasonik (UMS), Lampu Tinggi Automatik (AHB) dan 7 beg udara SRS.

Ia turut dilengkapi dengan Pemantau Keliling (ARM), Perakam Video Pemanduan (DVR) dan skrin infohiburan bersaiz 7-inci dengan sokongan Apple Carplay dan Android Auto. Triton Athlete juga dipasang dengan Super Select 4WD II dengan mod off-road serta Kawalan Gelongsor bagi mengawal pecutan semasa menuruni bukit atau cerun.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “[email protected]” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply