ARKIB

KATEGORI

BuletinSukan Permotoran

Johann Zarco berpisah dengan KTM

Sukan Permotoran

Views

Berita ini sudah pasti mengejutkan peminat sukan perlumbaan MotoGP dan penyokong pasukan KTM. Menerusi satu hantaran ringkas di laman Facebook rasmi miliknya, pelumba pasukan KTM Factory Racing, Johann Zarco mengumumkan beliau tidak akan berlumba untuk pasukan itu untuk musim depan (2020).

JOM BACA >> MESTI TONTON : Saga 2019 – 10 perubahan paling penting yang wajib anda tahu

Katanya, ia merupakan keputusan yang sukar kerana beliau mempunyai peluang untuk melakukan pekerjaan terbaik di dunia dan mahu “berlumba dengan senyuman” demi mengejar podium. Tambahnya lagi, sebagai seorang yang profesional beliau akan terus menumpukan perhatian untuk baki saingan musim ini (2019) dan memberikan yang terbaik serta berusaha untuk memperbaiki gaya tunggangannya.

JOM BACA >> Proton Saga 2019 lebih ‘gah’ – Ini 5 perubahan yang kami suka

Sejak menyertai KTM, beliau dilihat bergelut untuk menyesuaikan diri dengan jentera lumba KTM RC16 sehingga menyaksikan prestasinya agak tidak menentu musim ini. Pencapaian terbaik beliau dengan jentera KTM setakat ini hanyalah menduduki tempat ke-10. Bekas juara dunia kategori Moto2 ini pernah menaiki podium bersama Yamaha Tech 3 sebelum beralih ke saingan MotoGP.

Setakat ini Zarco hanya mampu mengumpul 22 mata berbanding rakan sepasukan Pol Espargaro yang mengumpul  61 mata. Siapakah yang bakal menggantian tempat beliau untuk musim depan? Ke mana haluannya untuk musim 2020 nanti? Ada ura-ura mengatakan Miguel Oliveira atau Jack Miller bakal mengambil-alih tempatnya untuk musim depan.

Nantikan perkembangan selanjutnya!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Saga facelift 2019 sudah tiba di bilik pameran
JOM BACA >> Alam Perkasa Consortium tayang lakaran MIMCO Alif rekaan Giugiaro
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 bakal dilancar minggu depan
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 ditemui sekitar kawasan pekan kecil

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply