Anak syarikat Petronas, Gentari Sdn Bhd (Gentari) hari ini telah melancarkan Pengecas Awam 350kW pertama di Asia Tenggara yang beroperasi sepenuhnya untuk kenderaan elektrik (EV) di X Park Sunway Serene yang terletak di Zon Perindustrian Dagangan Bebas Sungai Way, Selangor.
Hab pengecasan EV itu yang dilancarkan oleh Gentari dengan kerjasama EV Connection Sdn Bhd (EVC), terdiri daripada satu pengecas super 350kW, pengecas awam terpantas di Asia Tenggara, serta dua pengecas pantas DC dan lima pengecas AC.
X Park turut menjadi hab pengecasan EV pertama di Malaysia yang dilesenkan oleh Suruhanjaya Tenaga (EC). Hab pengecasan milik Gentari dan EVC yang sedang dibina di Resort Golf Bangi turut mendapat lesen daripada EC.
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
Ketua Pegawai Mobiliti Hijau Gentari, Shah Yang Razali berkata, hab pengecasan pantas baharu milik Gentari di X Park Sunway Serene dijangka akan memberikan sumbangan besar ke arah menyokong ekosistem EV yang berdaya maju.
Tambahnya, Gentari turut gembira kerana menjadi syarikat pertama yang menawarkan mekanisme penetapan harga bersamaan kilowatt-jam (kWj), yang membuktikan bahawa pasukan mereka sememangnya sentiasa mengutamakan pelanggan dan pantas untuk bertindak.
Pengarah Urusan EVC, Lee Yuen How pula berkata, pihaknya berharap penyediaan pelbagai infrastruktur pengecasan pantas yang mampu milik dan mudah untuk diakses di X Park, Resort Golf Bangi dan hab-hab berlesen lain di seluruh negara pada masa hadapan dapat meningkatkan lagi kadar penggunaan EV di kalangan rakyat Malaysia.
Dengan penyertaan hab Kelab Golf Bangi tidak lama lagi ke dalam rangkaiannya, Gentari sememangnya fokus ke arah menawarkan hab campuran di kawasan yang mempunyai kadar trafik yang tinggi dan bergerak pantas.
Sejak ia diperkenalkan pada Jun 2022, Gentari mencatatkan kemajuan yang membanggakan dalam meningkatkan tahap keyakinan jarak pemanduan di kalangan pengguna EV dengan menyediakan 117 titik pengecasan di seluruh 20 lokasi di Malaysia, dan 133 titik pengecasan di India.
Dengan misi untuk menjadi penyedia penyelesaian mobiliti hijau pilihan di Asia Pasifik, Gentari menyasarkan untuk menguasai 10 peratus bahagian pasaran (kira-kira 25,000 titik pengecasan berdasarkan kepada anggaran semasa) di seluruh pasaran utama di Asia Pasifik menjelang 2030.
Untuk jangka sederhana, Gentari menyasarkan untuk memasang 9,000 titik pengecasan awam menjelang 2026, bagi mengukuhkan lagi kedudukannya di Malaysia dan India.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
KOMEN TERKINI