ARKIB

KATEGORI

Buletin

Givi Rimba Raid Taman Negara 2023 terima penyertaan dari 25 negara

Berita Tempatan

Views

Sebanyak 25 negara mengesahkan penyertaan dalam program Givi Rimba Raid Taman Negara edisi ke lapan yang dijadualkan berlangsung di Taman Negara, Jerantut pada 31 Ogos hingga 2 September depan.

Exco Perpaduan, Pelancong dan Kebudayaan Negeri, Leong Yu Man berkata, penyertaan 25 negara itu membabitkan seramai 139 peserta sekali gus memberi impak besar kepada industri pelancongan negeri.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Katanya, penyertaan peserta luar negara pada tahun ini menunjukkan peningkatan dan melebihi jumlah penyertaan peserta tempatan iaitu hanya seramai 131 orang.

Jumlah penyertaan keseluruhan termasuk peserta dari Malaysia seramai 270 peserta melibatkan 219 penyertaan berkumpulan dan 51 penyertaan individu.

Beliau sebelum itu menyempurnakan Majlis Pelancaran Givi Rimba Raid Taman Negara edisi ke lapan bersempena hari pengambilan ‘racer’s kit‘ oleh peserta-peserta pada Sabtu.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Turut hadir mengiringinya, Pengurus Besar Tourism Pahang, Kamaruddin Ibrahim. Yu Man memaklumkan pada tahun ini, seramai 20 penyertaan daripada wanita melibatkan enam negara.

Tambahnya, mereka ini akan bersaing bersama-sama peserta lelaki dalam acara yang secara dasarnya di dominasi peserta lelaki iaitu seramai 250 orang. Tiga kategori dipertandingkan iaitu Class A, Class B dan Class.

Dalam pada itu, Yu Man berkata, acara lasak yang melibatkan jenis motosikal berkuasa tinggi akan melalui jarak perlumbaan sejauh 220 kilometer di dalam hutan di Kuala Tahan, Jerantut yang merupakan acara utama tersenarai dalam kalendar pelancongan Pahang. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Tourism Pahang

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply