I don’t think I pressed it that hard…
by u/beerbaron105 in TeslaModel3
Pelik tapi benar! Kalau diikutkan perkara ini memang sangat jarang berlaku. Lazimnya injak pemecut adalah komponen yang paling kerap digunakan dalam sesebuah kenderaan.
Jadi kebanyakan orang menganggapnya akan sentiasa berfungsi dengan baik. Namun, ada sesuatu kisah yang agak mengejutkan berlaku pada model sedan EV keluaran Tesla, iaitu Model 3.
Seorang pemilik Model 3 varian Long Range keluaran tahun 2021 mendakwa injak pemecut kereta miliknya hampir patah dua dan berkongsikan pengalamannya di internet menerusi laman Reddit.
Menurutnya, “dia tidak merasakan yang dia memijaknya sekuat itu…”, sambil bertanyakan kepada pemilik Model 3 sekiranya mereka turut mengalami masalah yang sama.
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
Jika merujuk kepada ruangan komen, injak pemecut pada model sedan EV ini diperbuat daripada sejenis ‘polimer’ atau plastik berongga.
Ini menjadikannya lebih mudah untuk pecah di bawah tekanan, berbanding dengan injak brek yang diperbuat daripada keluli padu.
Menerusi carian pantas dalam talian, ini bukan satu-satunya kes injak model Tesla yang patah. Sejak 2017, beberapa pemilik Model S telah berkongsi foto injak plastik mereka yang patah pada bebenang forum dan media sosial.
Beberapa kes turut dilaporkan dalam artikel yang diterbitkan oleh laman sesawang Forbes pada tahun 2019.
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
Salah seorang pemilik Tesla secara terbuka telah membuat aduan dan meminta syarikat itu menambah batang logam dan salutan getah pada komponen itu, yang akan meningkatkan lagi rasa dan kekukuhannya.
Difahamkan Tesla telah membuat pembaikan EVnya di pusat servis khusus, supaya tiada data mengenai kekerapan kecacatan ini berlaku, wujud.
Walaupun nyahpecutan jauh lebih penting daripada pecutan, apabila anda berada di belakang roda, anda masih memerlukan kedua-duanya untuk mengendalikan kenderaan dengan selamat.
Dalam konteks itu, adalah lebih baik sekiranya pengeluar kereta menggunakan bahan kukuh yang sama untuk keseluruhan set, atau memastikan plastik itu cukup kuat dengan menggunakan reka bentuk yang betul.
Untuk berlaku adil, Tesla bukan satu-satunya syarikat yang menggunakan plastik untuk injak bahagian kanan kerana ini adalah amalan biasa dalam kalangan pembekal. – Carscoop
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit beerbaron105
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
KOMEN TERKINI