Hankook Tire Malaysia baru-baru ini melancarkan tayar baharu daripada rangkaian produk iON evo dan Ventus Prime 4.
iON evo termasuk untuk SUV, merupakan tayar terkini dalam siri iON yang dibina khas untuk kenderaan elektrik (EV).
Ia dibangunkan khusus dengan fokus untuk menawarkan prestasi tanpa kompromi dari segi pengendalian, jarak perjalanan, rintangan golekan yang rendah, cengkaman di atas permukaan basah dan kesenyapan.
Empat saiz ditawarkan, bermula 18 hingga 21-inci, manakala iON evo SUV juga didatangkan dengan empat saiz bermula 19 hingga 22-inci.
Tayar-tayar ini diperbuat daripada kompaun silika berkonsentrasi tinggi dan bahan mesra alam bagi meningkatkan aspek ketahanan serta reka bentuk yang ideal untuk menyebarkan tekanan ke atas jalan raya dengan sekata.
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
Ciri ini membolehkan jangka hayat bunga tayar bertahan lebih lama, tanpa perlu menukar tayar dengan kerap.
Teknologi EV Contour daripada Hankook Tire akan meningkatkan ketegaran ketika mengambil selekoh sebanyak 10 peratus, manakala tali sawat yang telah diperkukuhkan juga digabungkan dengan gentian ‘Aramid” termaju
Dinding blok luaran kini lebih panjang untuk titik sentuhan maksimum dengan jalan raya. Bukan itu sahaja, ia sesuai dengan karekter EV yang mempunyai bateri 30 peratus lebih berat dan tayar yang 20 peratus lebih cepat haus, berbanding kenderaan dengan enjin pembakaran dalaman (ICE).
Ia turut didatangkan dengan teknologi Hankook Sound Absorber™ yang mengomtimumkan penjujukan berbilang-bunyi dengan cara meminimumkan bising daripada corak bunga bagi memberikan perjalanan yang lebih senyap serta menyenangkan dalam apa jua kelajuan.
Ventus Prime 4 pula khusus untuk kenderaan pembakaran dalaman (ICE), merupakan penambahbaikan generasi daripada siri tayar Ventus Prime. Varian SUVnya boleh didapati dalam pilihan lima saiz bermula 15 hingga 19-inci.
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
Kompaun bunga tayar Ventus Prime 4 mengandungi kandungan silika baharu yang telah diperkaya dan akan mengeras pada suhu rendah sebanyak dua kali lebih lama berbanding tayar biasa.
Ini akan meningkatkan gabungan di antara molekul, sekali gus mengukuhkan lagi ketegaran blok bunga tayar, seterusnya mengurangkan haus dan rintangan golekan.
Bukan itu sahaja, corak bunga dan kontur tayar Ventus Prime 4 telah dioptimum untuk mencapai titik sentuhan yang lebih tepat.
Struktur berkembar pengeras gentian pada kerangka telah digunakan dalam proses pembangunan Ventus Prime 4 untuk memastikan ketahanan yang lebih baik, di samping tali sawat yang telah diperkukuhkan untuk memberi kekuatan corak bunga yang ideal.
Pengarah Urusan Hankook Tire Malaysia, Oh Hyun Nam berkata, tayar Ventus Prime 4 sememangnya menawarkan ketahanan luar biasa sehingga 20 peratus berbanding model terdahulu.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
KOMEN TERKINI