Goodyear Malaysia hari ini mengumumkan pemenang hadiah utama Kempen ‘Win A Car’ yang telah pun berlangsung dari Julai hingga Oktober tahun lalu.
Kempen yang memberikan ganjaran dan menunjukkan penghargaan atas kesetiaan pelanggan ini, melabuhkan tirainya dengan penyampaian hadiah utama, sebuah Mercedes- Benz EQA bernilai kira-kira RM296,000 kepada Chan Wee Lee.
Ribuan peserta telah merebut peluang keemasan ini dengan membeli dua atau lebih tayar premium Goodyear berukuran 17-inci dan ke atas untuk melayakkan diri dan berpeluang untuk membawa pulang hadiah istimewa ini.
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
Pemenang hadiah utama ditentukan melalui proses pengundian awam di mana peserta mempamerkan kreativiti mereka dengan
Chan Wee Lee telah berjaya menawan hati pengundi dengan slogannya, “With Goodyear’s assurance, mile after mile, every journey wheels in a happy smile!“.
Selain itu, slogan ini turut menggambarkan dengan sempurna komitmen Goodyear untuk menyampaikan pengalaman pemanduan yang selamat, berprestasi tinggi dan menyeronokkan.
Pengarah Pemasaran Goodyear Malaysia, Michelle Wo mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengguna atas sokongan dan penyertaan mereka dalam kempen ini.
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada pemenang hadiah utama dan semua pemenang iPhone yang telah menjayakan kempen ini.
Mercedes-Benz EQA itu juga telah dipasang dengan tayar 235/50R19 Goodyear Eagle F1 Asymmetric 6 MO, direka untuk memberikan prestasi brek dan pengendalian yang luar biasa.
Sepanjang kempen ini, Goodyear Malaysia turut memberi ganjaran kepada pelanggan dengan menghadiahkan Apple iPhone 15 pada setiap dua minggu.
Selain itu, pelanggan yang membeli tayar semasa kempen ini dapat menikmati manfaat Waranti Worry Free Assurance (WFA), termasuk 1 tahun jaminan ‘road hazard‘, pemeriksaan keselamatan tayar secara percuma sebanyak dua kali, dan jaminan 5 tahun untuk sebarang ketidaksempurnaan pada tayar yang dibeli.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
KOMEN TERKINI