Mdua Motor Sdn. Bhd., anak syarikat AFY Mobility Industries (AMI) hari ini melancarkan jenama motosikal tempatan baharu MODA, yang menumpukan kepada pengeluaran produk skuter untuk pasaran Malaysia.
Model skuter pertamanya, iaitu Sporter-S yang dikuasakan dengan enjin 250cc turut dilancarkan dan ia ditawarkan dalam dua pilihan warna menarik, Sporty Red dan Meteor Grey.
Harga yang ditawarkan untuk versi asas bermula dari RM 17,888 tidak termasuk insurans. Pengenalan model skuter oleh MODA ini adalah sejajar dengan perkembangan pesat segmen skuter di Malaysia.
Di negara seperti Indonesia, Thailand, dan Vietnam, skuter telah pun mendominasi pasaran dengan menguasai lebih daripada 70 peratus jumlah jualan motosikal secara keseluruhan.
Di Malaysia pula, jualan serta pasaran skuter kini turut meningkat, dipacu oleh kesedaran terhadap keperluan pada kenderaan yang menjimatkan bahan api serta lebih mesra alam.
Pasaran skuter ini secara langsung dijangka menjana pendapatan keseluruhan AS$0.51 bilion pada tahun 2024 dan berkembang pada kadar CAGR 3.98 peratus hingga mencapai AS$0.62 bilion menjelang tahun 2029.
MODA merupakan sebuah jenama Malaysia yang komited dalam memenuhi keperluan pengguna tempatan dan serantau dengan menawarkan skuter yang inovatif, bergaya, dan berprestasi tinggi.
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
Dengan kepakaran Penyelidikan & Pembangunan (R&D) yang dimiliki Kumpulan AMI di utara Malaysia, MODA mampu menghasilkan skuter yang sesuai untuk keadaan jalan raya dan memenuhi keperluan serta keutamaan penunggang di Malaysia.
Kesemua skuter MODA dipasang secara tempatan (CKD) di kilang berpusat AMI yang terletak di Glenmarie, Shah Alam, Selangor.
MODA juga merancang memperkenalkan model-model baharu yang lebih dinamik untuk melengkapi segmen pasaran skuter sedia ada termasuk skuter berenjin petrol dan Kenderaan Elektrik (EV).
Pengenalan MODA Sporter-S telah secara tidak langsung membuka ruang kepada segmen baru dengan reka bentuk berinspirasikan ‘sportsbike‘ yang menampilkan reka bentuk yang lebih aerodinamik dan berani.
Ia turut dilengkapi dengan ciri keselamatan canggih dengan ciri-ciri sebuah sportsbike seperti cakera brek berkembar di bahagian hadapan yang dikombinasikan bersama sistem ABS dwi saluran (depan dan belakang) yang dilengkapi angkup brek 4-injap.
Teknologi kawalan cengkaman atau Traction Control System (TCS) pada Sporter-S juga turut memastikan kestabilan semasa membelok di permukaan mencabar.
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
Selain itu, skuter ini turut memiliki tangki petrol berkapasiti 13 liter, serta ruang simpanan di bawah pelana tempat duduk boleh memuatkan dua buah topi keledar bersaiz penuh.
Sporter-S juga dilengkapi beberapa ciri menarik seperti lampu hadapan ultra-terang LED Matriks, kekunci pintar, sambungan nirwayar antara peranti telefon dan skrin besar berwarna TFT bersaiz 6.2 inci yang menyokong panggilan serta navigasi.
Skuter ini dikuasakan oleh enjin sejukan cecair empat injap, silinder tunggal berkapasiti 244cc, SOHC yang dilengkapi dengan Sistem Suntikan Bahan Api Elektronik (EFI) dan Pengurusan Enjin Elektronik dari Bosch.
Enjin yang digandingkan bersama transmisi CVT ini mampu menjana 24.8 kuasa kuda pada 8,500 rpm dengan daya kilas maksimum 22.5 Nm pada 6,500 rpm.
Dari segi dimensi, MODA Sporter-S mempunyai ukuran jarak roda 1,538 mm dengan jarak lega tanah 165 mm. Beratnya adalah 186 kg, manakala kapasiti tangki bahan apinya 13 liter.
Menurut Penolong Pengurus Besar Mdua Motor Sdn. Bhd., Micheal Yeoh, MODA Sporter-S telah direka serta dibangunkan dengan berpegang kepada falsafah ‘By Bikers, For Bikers‘ (Dari Penunggang, Untuk Penunggang).
Tambah beliau Sporter-S akan menjadi pilihan ideal bagi penunggang di Malaysia dengan tawaran reka bentuk sporty, aerodinamik, dan dilengkapi ciri seperti sistem brek ABS serta enjin berspesifikasi Euro-4 yang cekap bahan api.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
KOMEN TERKINI