ARKIB

KATEGORI

Buletin

Grab luaskan perkhidmatan ke kawasan luar bandar

Berita Tempatan

Views

Grab kini memperluaskan perkhidmatannya ke beberapa bandar dan bandar-bandar kecil di kawasan luar bandar di bahagian Selatan dan Utara Semenanjung Malaysia. Ini termasuklah di Mersing, Segamat, Cameron Highlands, Pantai Remis dan Baling. Pengumuman tersebut telah dibuat ketika majlis pelancaran [email protected], yang dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, Yang Berhormat Datuk Dr. Hj. Abd Latiff Ahmad.

Ia adalah sebahagian daripada perjalanan berterusan Grab untuk  memenuhi keperluan harian rakyat Malaysia malah membantu mewujudkan lebih banyak peluang untuk pekerja ekonomi gig dan perniagaan berkembang, dan mencapai keseimbangan bagi industri ini terus mampan.

JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 dikesan sedang ‘berdua-duaan’

Perkhidmatan GrabCar di Mersing dan Segamat akan bermula pada akhir September 2020 dan seterusnya diikuti oleh perkhidmatan GrabFood dan GrabMart (100 peratus tanpa tunai menerusi GrabPay) yang dirancang untuk dilancarkan pada suku keempat tahun ini. Di Utara Semenanjung, Grab akan beroperasi di bandar-bandar seperti Cameron Highlands, Pantai Remis dan Baling.

Usaha Grab ini adalah bagi memastikan tiada yang ketinggalan dalam ekonomi digital terutama masyarakat di luar bandar di mana pendapatan penengah adalah 41 peratus lebih rendah daripada pendapatan penduduk bandar menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Menurut Ben Chin, Ketua Luar Bandar, Grab Malaysia, pihaknya berharap dapat bekerjasama dengan kerajaan tempatan dan rakan kongsi untuk terus menyokong kegiatan ekonomi di kawasan ini, dan mereka diberi kuasa untuk berkembang maju dalam ekonomi digital.

JOM BACA >> X50 buat kemunculan awal dalam iklan Merdeka Proton

Selain itu, Grab juga telah memperluas inisiatif “Pakej Pikul Bersama” untuk rakan pemandu baharu yang menyertai platform mereka dengan menyediakan pembayaran balik sekali-sahaja sehingga RM120 untuk lesen PSV dan RM70 untuk pemeriksaan permulaan kenderaan di PUSPAKOM.

Inisiatif ini diwujudkan bagi membantu rakan-pemandu melepasi beberapa proses peraturan ketika pertama kali diumumkan oleh Kementerian Pengangkutan pada tahun 2019. Rancangan pegembangan Grab selari dengan visi kerajaan untuk negara menguasai ekonomi digital di samping menyediakan lebih banyak peluang kepada rakyat Malaysia dengan teknologi dan inovasi.

Dengan pegembangan GrabFood dan GrabMart ke kawasan bandar dan bandar-bandar kecil ini, akan memberi pendekatan tambahan bagi perniagaan untuk memperluas pangkalan pelanggan mereka dengan memanfaatkan jutaan pengguna Grab.

Grab akan bekerja rapat dengan usahawan luar bandar dengan bekerjasama dalam kempen dan strategi promosi yang disesuaikan, membantu mereka mengembangkan perniagaan mereka di platform.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Modenas Kriss Concept – Kapcai marhaen berkonsepkan futuristik!
JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?
JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring
JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports
JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply