ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bukan mabuk, rupanya pemandu Volvo ni positif dadah

Berita Tempatan

Views

Bila dah mabuk ni la jadinya

Dah la mabuk, pandu lawan arus, langgar kereta orang. Dah la plat Pahang, buat malu koi je. Pandir.

Posted by funtasticko.net on Saturday, 5 September 2020

Pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Volvo XC60 yang memandu lawan arus di Jalan Klang Lama, baru-baru didapati positif dadah. Menurut Harian Metro, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, lelaki berusia 35 tahun itu ditahan selepas hadir ke Balai Polis Trafik Jalan Bandar, Sabtu lalu .

JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 dikesan sedang ‘berdua-duaan’

Jelas beliau, polis menerima maklumat mengenai video kemalangan yang tular di media sosial pada 8.32 pagi. Tambahnya, polis menjalankan siasatan dan menghubungi kedua-dua pemandu kenderaan itu supaya tampil memberi keterangan. Kedua-duanya hadir pada 11.30 pagi dan 12 tengah hari.

Zulkefly berkata, ujian saringan air kencing ke atas pemandu Volvo mendapati lelaki itu positif dadah. Berikutan itu, pihaknya menahan suspek untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

JOM BACA >> X50 buat kemunculan awal dalam iklan Merdeka Proton

Katanya, pihaknya akan merujuk kes kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut. Terdahulu Harian Metro melaporkan, seorang wanita berdepan detik cemas apabila kenderaan yang dinaikinya dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dipercayai dipandu pemandu mabuk.

Video berdurasi seminit itu memaparkan kereta jenis Perodua Myvi dirempuh SUV jenis Volvo XC60 dari arah depan dan berada dalam keadaan menentang arus. Orang ramai yang berada di lokasi kejadian bertindak membantu wanita terbabit dengan memintanya keluar dari kenderaan manakala pemandu Volvo itu tidak berganjak di dalam keretanya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Modenas Kriss Concept – Kapcai marhaen berkonsepkan futuristik!
JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?
JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring
JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports
JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply