ARKIB

KATEGORI

Tular

Hajat ibu hamil ‘mengidam naik Ativa putih’ tertunai!

Tular

Views

Mungkin ada di kalangan pembaca yang masih ingat, kami pernah kongsikan satu hantaran di laman Facebook berkaitan hajat seorang ibu hamil bernama Nurul Naziha Ibrahim yang ‘mengidam untuk naik Perodua Ativa berwarna putih‘ baru-baru ini kan?

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

Nampaknya, hajat wanita tersebut tertunai selepas seorang wanita bernama Siti Aisyah Sulaiman sudi membawa ‘bakal ibu’ itu menaiki Ativa putih miliknya pada 22 Januari lalu.

Menerusi satu hantaran di akaun Facebooknya, Siti Aisyah berkata ‘mengidam orang ni tak sama’ dan berasa lega dapat menunaikan hajat ‘bakal ibu’ itu serta mendoakan agar dipermudahkan urusan kehamilan wanita tersebut.

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?

Selain itu, dia turut berterima kasih kepada rakan-rakan yang ‘tag’ namanya di Facebook. Bagi Nurul Naziha pula, dia amat bersyukur kepada Allah SWT dan berterima kasih kepada semua yang membantunya.

Katanya, dia hanya mencuba nasib kerana ‘teringin sangat’. Lagipun, tiada orang di sekeliling yang memiliki Ativa putih. Tambahnya, dia yang merupakan peminat kereta Perodua sangat meminati Ativa putih kerana warnanya yang agak ‘rare‘.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Siti Aisyah Sulaiman

JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply