ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jet pejuang F-35C ‘silap mendarat’, tujuh anak kapal USS Carl Vinson cedera

Berita Tempatan

Views

Tujuh tentera laut Amerika Syarikat (AS) cedera selepas pesawat pejuang melakukan kesilapan ketika mendarat di kapal pengangkut pesawat AS dekat di Laut China Selatan, semalam.

Berita Harian melaporkan, Armada Pasifik AS berkata, kemalangan berlaku apabila sebuah pesawat tempur F-35C cuba mendarat di USS Carl Vinson dalam operasi penerbangan rutin.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

Menurut kenyataan itu, juruterbang pesawat itu berada dalam keadaan stabil selepas melonjak keluar dan diselamatkan helikopter.

Tujuh anak kapal cedera, tiga daripadanya dibawa ke Manila, Filipina untuk rawatan tetapi keadaan mereka stabil. Empat lagi yang cedera dirawat di atas kapal.

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?

Tiada butiran diberikan mengenai punca kejadian dan insiden masih dalam siasatan.

Vinson dan sebuah lagi kapal induk AS, USS Abraham Lincoln serta pasukan tempur memulakan latihan Laut China Selatan sejak Ahad lalu selepas tamat latihan bersama tentera laut Jepun di Laut Filipina, minggu lalu.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Getty Images

JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply