ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hampir sejuta kereta Mercedes-Benz keluaran 2004-2015 dipanggil balik akibat masalah brek

Berita Global

Views

Pengeluar kereta terkemuka Jerman, Mercedes-Benz memanggil balik hampir sejuta kenderaan lama keluarannya di seluruh dunia kerana potensi mengalami masalah dengan sistem brek, kata pihak berkuasa pengangkutan persekutuan (KBA).

Menurut KOSMO! ONLINE, laporan dari stesen penyiaran NDTV, KBA memaklumkan bahawa pengumuman itu melibatkan kereta yang dibina antara tahun 2004 dan 2015, siri SUV ML dan GL serta minivan mewah R-Class.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Hakisan pada penggalak brek dalam kes paling teruk boleh menyebabkan sambungan antara pedal brek dan sistem brek terganggu. Akibatnya, fungsi brek boleh terhenti.

Tambah KBA, sebanyak 993,407 kenderaan Mercedes-Benz seluruh dunia sedang dipanggil balik termasuk sekitar 70,000 di Jerman.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Mercedes-Benz turut mengesahkan langkah memanggil semula itu dibuat berdasarkan analisis laporan terpencil untuk kenderaan tertentu.

Tambah syarikat itu, ia akan bermula dengan memanggil semula serta-merta dan menghubungi pemilik kenderaan yang berpotensi terjejas.

Proses itu akan melibatkan pemeriksaan kenderaan yang berpotensi terjejas dan bergantung kepada hasil pemeriksaan bagi menggantikan alat ganti yang perlu. Sehingga pemeriksaan dilakukan, kami meminta pelanggan untuk tidak memandu kenderaan mereka.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!t

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply