ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemandu Myvi ‘lalok dadah’ punca kemalangan lima kenderaan direman empat hari

Berita Tempatan

Views

Memandu di bawah pengaruh dadah dipercayai punca berlakunya kemalangan babitkan lima kenderaan di Kilometer (KM) 243.3 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan di Seremban, semalam.

Harian Metro melaporkan, kemalangan pada 10.40 pagi itu tular di media sosial selepas video mengenainya dimuat naik yang turut memperlihatkan tayar milik sebuah daripada kenderaan yang terbabit tercabut dan ‘terbang’ ke laluan bertentangan.

Bagaimanapun, tiada mangsa cedera dengan kenderaan terlibat adalah dua Perodua Myvi, Toyota Avanza, Proton Saga dan Proton Persona.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, pihaknya sudah menahan pemandu Perodua Myvi berusia 28 tahun yang dipercayai menyebabkan kemalangan itu.

Katanya, lelaki itu dipercayai di bawah pengaruh dadah direman empat hari hingga 9 Jun untuk siasatan mengikut Seksyen 6 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Lelaki itu yang juga penganggur direman bermula hari ini untuk membantu siasatan. Menurutnya, siasatan awal mendapati Perodua Myvi dipandu suspek dari arah Seremban hilang kawalan dan melanggar kenderaan di hadapannya iaitu Toyota Avanza yang dipandu lelaki 44 tahun.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Katanya, pelanggaran menyebabkan Toyota Avanza itu berpusing beberapa kali sebelum terbabas ke lorong kiri dan melanggar pula Proton Saga dipandu wanita 40 tahun dan Proton Persona dipandu lelaki 35 tahun.

Pelanggaran pertama antara Perodua Myvi dan Toyota Avanza (MPV) telah menyebabkan tayar bahagian belakang kiri MPV itu tercabut lalu terpelanting masuk ke laluan bertentangan dan terkena Perodua Myvi yang dipandu lelaki 32 tahun.

Kesemua mangsa terbabit dalam kemalangan tidak mengalami apa-apa kecederaan. Kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!t

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply