ARKIB

KATEGORI

Buletin

Haqiem Rusli bawa pulang Nissan LEAF

Berita Tempatan

Views

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM), penaja kenderaan rasmi untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2020 (ABPBH) telah menyerahkan sebuah Nissan LEAF baharu kepada pemenang hadiah utama, Haqiem Rusli.

Artis muda berbakat itu berjaya membawa pulang kenderaan elektrik yang bernilai RM 181,263.00, yang mampu menjana jarak perjalanan kira-kira 311km untuk sekali cas penuh. Ia menggunakan bateri berkapasiti 40kWh (berdasarkan mod ujian Kitaran Pemanduan Baharu Eropah (NEDC)) dengan daya kilas 320Nm.

JOM BACA >> Bukan prop filem pulak dah… sebenarnya untuk uji nilai kenderaan pengiring

Nissan LEAF mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 7.9 saat dan ia didatangkan dengan teknologi keselamatan tercanggih Nissan Intelligent Mobility yang merangkumi e-Pedal, Amaran Rempuhan Hadapan dan Brek Kecemasan, dan Monitor Pandangan Keliling (kamera 360°) serta kemasan dalaman yang mewah.

Semasa majlis penyerahan, Pengarah Jualan dan Pemasaran ETCM, Christopher Tan berkata, pihaknya mengucapkan tahniah buat Haqiem Rusli atas kemenangannya dan kini beliau telah menjadi salah seorang ahli keluarga EV dalam usaha negara ke arah masa depan yang lestari.

JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao

Penyanyi, komposer dan pelakon berusia 23-tahun dari Selangor itu telah dinobatkan sebagai pemenang Bintang Paling Popular pada 13 November 2020 dengan undian sebanyak 22,332,676. Beliau turut memenangi kategori Penyanyi Bintang Popular dan Lagu Paling Boom Popular menerusi lagu berjudul ‘Lembah Kesepian’.

Sejak 1987, ABPBH adalah acara tahunan yang dianjurkan oleh Berita Harian untuk memberi penghargaan kepada artis tempatan yang paling popular dalam industri hiburan berdasarkan undian popular oleh pembaca Berita Harian dan Berita Minggu. Ia merupakan salah satu anugerah pilihan ramai yang paling berprestij dalam industri hiburan di Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply