ARKIB

KATEGORI

Buletin

Harga RON97 mahal sangat, pemilik kenderaan mewah terpaksa isi RON95

Berita Tempatan

Views

Kenderaan mewah dan berprestasi tinggi kini terpaksa ‘mengalah’ apabila beralih kepada penggunaan RON95 berikutan harga RON97 naik mendadak sehingga RM4.83 seliter.

Tinjauan Harian Metro di beberapa stesen minyak sekitar Lembah Klang mendapati pengguna pelbagai jenis kenderaan seperti Toyota Alphard, Toyota Vellfire, Land Rover, BMW dan Mercedes-Benz memilih untuk mengisi petrol RON95 yang dijual pada harga RM2.05 seliter berbanding RON97.

Peniaga, Kelvin Ng, 36, mengakui menjadi pengguna setia RON97 sejak tiga tahun lalu, tetapi kini bertukar kepada RON95 disebabkan harga yang terlalu mahal dan di luar kemampuannya.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua Axia 2023 (D74A) mungkin ada empat varian, Toyota Agya bakal ada versi GR!

“Walaupun berat hati dan sayangkan enjin kereta bila pakai RON95 kerana kualitinya berbeza berbanding RON97, saya tiada pilihan sebab tak mampu lagi buat masa ini.

“Bayangkan tangki berkapasiti kira-kira 60 hingga 70 liter kalau isi petrol RON97 dengan kapasiti penuh boleh mencecah kos hampir RM280 hanya untuk penggunaan seminggu dan ia sangat tidak berbaloi,” katanya.

Perasaan sama juga dikongsi kontraktor, Mohd Amir Asyraf, 41, yang kini kembali menggunakan RON95 untuk kereta BMW dipandunya sejak bulan lalu.

“Bila tukar kepada RON95, saya boleh jimat RM600 hingga RM700 sebulan. Jumlah itu boleh beli barang asas dapur untuk kami sekeluarga sebulan.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

“Tetapi saya akan mempertimbangkan kembali untuk menggunakan RON97 jika harganya lebih berpatutan kelak,” katanya.

Sementara itu, seorang pengusaha minyak di Subang Jaya yang enggan dikenali mengakui penjualan RON97 menurun sehingga 50 peratus berikutan peningkatan bahan bakar berkenaan.

“Sejak harga RON97 meningkat bermula dengan harga RM4.08 dan terbaharu RM4.83 memang kadar penjualan RON97 berkurangan.

“Ramai pelanggan memilih untuk mengisi RON95 kerana kerajaan menetapkan harga siling kepada RM2.05 seliter,” katanya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply