ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hari-hari jadi ‘jaga’ depan bilik pameran, anjing jalanan ini dilantik jadi pekerja Hyundai

Berita Global

Views

Ini mungkin pertama kali kita dengar seekor anjing dilantik sebagai ‘pekerja’ di bilik pameran kereta kan? Biasa kita lihat anjing ditugaskan untuk membantu pihak berkuasa seperti polis, tentera dan bomba untuk kerja-kerja mengesan.

JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports

Tapi itulah yang berlaku di Brazil di mana seekor anjing jalanan kini secara rasminya bertugas di bilik pameran Hyundai di negara berkenaan. Puncanya disebabkan anjing tersebut didakwa sering datang ke bilik pameran tersebut dan dilihat berkeliaran di bahagian luar seolah-olah menjadi ‘jaga’ di kawasan tersebut.

JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?

Menurut Sinar Plus, boleh dikatakan hampir setiap hari kelibatnya boleh dilihat dan sentiasa menjadi tumpuan ramai terutama pelanggan yang berkunjung ke sana. Disebabkan anjing bernama Tucson Prime ini jinak dan tidak banyak kerenah, petugas di cawangan Hyundai tersebut membuat keputusan untuk melantiknya sebagai pekerja.

Siap ada tag dengan logo syarikat dan gambar lagi! Tak perlu ‘ada orang dalam’, tak payah temuduga terus dapat kerja! Tucson Prime juga bertuah kerana diberi makan dan tempat tinggal di bilik pameran tersebut. Anjing tersebut juga sudah membuka akaun Instagram rasminya dan mempunyai seramai 70.2K pengikut setakat ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Tucson Prime

JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!
JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!
JOM BACA >> RISIK : Perodua D55L mungkin dilancar awal tahun depan, bakal ada 3 varian
JOM BACA >> 36 tahun menabur jasa – ‘Pemandu terhebat’ di Proton, Tengku Azizan bersara

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply