ARKIB

KATEGORI

Buletin

Penghantar makanan cedera dibelasah pelanggan panas baran

Berita Tempatan

Views

Semalam tular video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan aksi pergelutan antara seorang penghantar makanan dan pelanggannya di depan sebuah rumah inap desa di Lorong Seri Impian 8, Alma di Bukit Mertajam.

Menurut Sinar Harian, penghantar makanan mengalami kecederaan dalam kejadian yang berlaku jam 11.05 pagi itu dikatakan berpunca daripada rasa tidak puas hati pelanggan itu terhadap penghantar makanan berusia 34 selepas dia dikatakan lewat menghantar pesanannya.

Difahamkan, kelewatan itu berlaku disebabkan terdapat kekeliruan pada alamat yang diberikan di dalam aplikasi WhatsApp sebelum lelaki itu berjaya menemui rumah yang didiami pelanggannya.

JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, suspek yang menyedari kehadiran penghantar makanan itu di hadapan rumah bertindak keluar dan memarahinya dengan melemparkan kata-kata kesat dipercayai berunsurkan perkauman.

Menurutnya, selepas mengambil piza yang dipesan suspek kemudiannya memberikan bayaran RM50 namun ketika penghantar makanan sedang mengira baki suspek sekali bertindak agresif dengan memaki hamun lelaki berkenaan sebelum merampas semula wang tunai yang diberikan tadi.

Tambah beliau, suspek kemudiannya menyerahkan kembali piza yang ditempah tadi kerana sudah tidak mahu membelinya. Bagaimanapun mangsa memaklumkan kepada suspek bahawa dia akan melaporkan pembatalan makanan terbabit kepada pihak syarikatnya lalu suspek mengambil semula pesanannya dan melemparkan wang di atas lantai.

JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?

Shafee berkata, suspek mengarahkan mangsa mengutip semula wang baki yang dilemparkan namun lelaki itu tidak mempedulikannya sebelum mangsa diserang suspek. Katanya, lelaki itu bertindak menendang badan dan menumbuk bahagian muka mangsa hingga mengalami kecederaan namun tidak serius.

Tidak cukup dengan itu, lelaki berkenaan membuang barangan di dalam raga motosikal mangsa yang mengandungi telefon bimbit dan power bank selain mahu menjatuhkan motosikalnya. Berang dengan perbuatan melampau suspek dia kemudiannya mengambil tindakan dengan memukul suspek menggunakan topi keledar yang dipakai.

Kata Shafee lagi, suspek terus melawan dan berlaku pergelutan antara mereka sebelum berjaya dileraikan pemilik rumah inap desa berkenaan. Siasatan lanjut masih diteruskan dan kedua-dua lelaki berkenaan ditahan untuk membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 323 kerana mendatangkan kecederaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!
JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!
JOM BACA >> RISIK : Perodua D55L mungkin dilancar awal tahun depan, bakal ada 3 varian
JOM BACA >> 36 tahun menabur jasa – ‘Pemandu terhebat’ di Proton, Tengku Azizan bersara

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply