ARKIB

KATEGORI

Buletin

Helikopter mini ‘Ingenuity’ berjaya terbang di Marikh

Berita Global

Views
First Video of NASA’s Ingenuity Mars Helicopter in Flight, Includes Takeoff and Landing (High-Res)

Sebuah helikopter mini, Ingenuity berjaya diterbangkan setinggi tiga meter di Marikh semalam, sekali gus mencipta sejarah kerana berjaya terbang di sebuah planet di angkasa lepas. Menurut Sinar Harian, helikopter yang seberat 1.8 kilogram (kg) terbang selama 39.1 saat manakala data dan imej yang dirakamkan dari hellikopter tersebut dihantar balik ke atena Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) di bumi sejauh 278 juta kilometer.

JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

Pasukan Ingenuity di Makmal Perejangan Jet di California Selatan, Amerika Syarikat (AS) mengesahkan kejayaan penerbangan helikopter tersebut selepas menerima data-data daripadanya. Sebelum ini ia ditempatkan bersama kenderaan robotik Perseverance yang mendarat di planet tersebut pada 16 Februari lalu selepas berlepas dari Stesen Tentera Udara Cape Canaveral, Florida, AS dengan roket Atlas V-541, pada 30 Julai tahun lalu.

Misi untuk menerbangkan sebuah helikopter di planet tersebut telah dirancang sejak enam tahun lalu. Menurut AFP, NASA sepatutnya menerbangkan Ingenuity pada 11 April lalu tetapi ditangguhkan ekoran masalah perisian yang dikesan berlaku ketika ujian dilakukan terhadap rotor helikopter berkenaan.

JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

Namun, masalah tersebut akhirnya berjaya diselesaikan. Pasukan Ingenuity akan terus menerima dan menganalisis data-data yang dihantar helikopter tersebut selain merancang misi untuk melakukan penerbangan kedua pada 22 April ini.

Misi kenderaan robotik Perseverance itu adalah untuk mencari tanda-tanda kehidupan organisma halus atau mikrob di planet tersebut. Disebabkan lokasi planet Marikh terletak terlalu jauh dari bumi, helikopter tersebut tidak boleh diterbangkan oleh manusia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply