ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hero kes ragut terima anugerah dari MBJB

Berita Tempatan

Views

Anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) yang menjadi ‘hero’ dalam kejadian ragut baru-baru ini telah diberikan anugerah atas jasanya. Menurut Utusan, Shazrin Hafeez Fadzlan, 26, bukan sahaja menerima sijil dan wang tunai berjumlah RM1,000 malah tawaran jawatan tetap sebagai Pembantu Kesihatan Awam MBJB.

Sijil penghargaan itu diserahkan sendiri Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad semasa lawatan kerjanya ke MBJB semalam. Shazrin Hafeez diangkat sebagai hero MBJB oleh masyarakat apabila videonya bergelut dengan seorang peragut di Taman Mount Austin, Selasa lalu tular di media sosial.

JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 dikesan sedang ‘berdua-duaan’

Tindakan beraninya menjadi ‘buah mulut’ masyarakat berbilang kaum yang menyatakan penghargaan dengan menyerbu gerai burger miliknya di Taman Johor Jaya. Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan penjenayah terbabit yang menunggang sebuah motosikal meragut beg tangan seorang wanita berusia 30 tahun ketika mangsa sedang melintas jalan.

Mangsa yang terkejut dan ketakutan menjerit meminta tolong sebelum disedari seorang penguat kuasa yang sedang bertugas yang mengejar serta menerpa ke arah suspek dan kemudiannya dibantu orang awam. Sementara itu, dalam lawatan kerja tersebut, Hasni turut mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini untuk memudahkan rakyat negeri ini yang mahu berniaga.

JOM BACA >> X50 buat kemunculan awal dalam iklan Merdeka Proton

Katanya, langkah itu tidak bermakna tiada penguatkuasaan dilakukan, sebaliknya gunakan keprihatinan dalam sesuatu tindakan. Beliau berharap MBJB boleh mengambil langkah untuk membantu, khususnya mereka yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Tambah beliau, pihaknya perlu mengambil langkah di luar kebiasaan. Kata beliau lagi, jika boleh pihaknya mahu memperbanyakkan inisiatif kendera saji (foodtruck) bagi memberi peluang untuk orang ramai menyara hidup mereka. Beliau turut berharap imej PBT di negeri tersebut menjadi lebih mesra masyarakat.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Modenas Kriss Concept – Kapcai marhaen berkonsepkan futuristik!
JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?
JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring
JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports
JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply