ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hilux dan Optra bertembung – Empat beranak antara lima yang maut

Berita Tempatan

Views

Empat beranak antara lima yang maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 334 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu, berhampiran Simpang Gesing di Raub, semalam. Menurut Berita Harian, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, kemalangan pada 3.15 petang itu membabitkan sebuah kenderaan pikap, Toyota Hilux dan sebuah kereta Chevrolet Optra yang dinaiki keluarga terbabit.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Mereka yang maut ialah bekas tentera Muhamad Fadzli Aming, 45, yang memandu kereta, isterinya Nur Asyitah Abu Samah, 44, serta dua anak mereka Muhammad Iqmal, 13, dan Irina Nur Qhalesya, tujuh, yang beralamat di Kampung Jeruas Sega, Raub.

Nur Asyitah disahkan maut di tempat kejadian sementara Irina Nur Qhalesyah meninggal dunia di Hospital Kuala Lipis, manakala Muhamad Fadzli dan Muhammad Iqmal, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Raub.

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut

Turut maut ialah penumpang Toyota Hilux, Wan Syahrul Munif Wan Jaffar, 44, manakala rakannya berusia 30 tahun yang memandu, cedera di tangan dan kini menerima rawatan di Hospital Raub. Kemalangan dipercayai berlaku apabila Toyota Hilux yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu, Kelantan hilang kawalan, dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung kereta dinaiki keluarga berkenaan.

Kamarulzaman berkata, pemandu kereta dipercayai tidak dapat mengelak kerana jarak yang terlalu hampir dan kemalangan mengakibatkan kedua-dua kenderaan terbabit remuk teruk pada bahagian hadapan. Tambahnya, bedah siasat dijalankan di Hospital Raub dan siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Balai Bomba Dan Penyelamat Raub

JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung
JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply